Pelakon, Fasha Sandha mendapat teguran netizen apabila berkongsi video yang memaparkan dirinya sedang bersenam di media sosial.
Kongsi Video Bersenam Sambil Promosi Produk Kesihatan
Dalam video itu, Fasha yang lengkap berpakaian sukan dilihat aktif bersenam di dalam sebuah bilik, sambil mempromosikan sebuah produk kesihatan.
“Kesayanganku. Jom exercise dengan Fasha!Tengok video sampai habis tau.”-Tulis Fasha di Instagram
VIDEO :
“Balik Dari Umrah, Pakai Baju Macam Tu..”
Walaubagaimanapun, video yang dimuatnaik oleh Fasha Sandha telah menimbulkan pertikaian oleh segelintir netizen yang mempersoalkan Fasha masih belum menutup aurat dengan sempurna biarpun baru sahaja pulang ke tanah air dari menunaikan ibadah Umrah, malah ada yang turut menitipkan doa agar diberikan hidayah.
“Adehh baru balik Umrah kenapa la tunjuk body pada tontonan umum..Moga kak Fasha diberi kesihatan yang baik. Aaamin.”
“Sedih…Jangan la sampai nak jual product sampai terjual segalanya. Sayangnya.”
“Balik dari Umrah, pakai baju macam tu. Patut dah boleh pikir. Sebab bukan budak-budak lagi.”
“Ingatkan dah pakai tudung balik dari Umrah.”
“Subhanallah. Baru balik Umrah. Kenapa perlu pakai macam tu. Pakai sopan pun boleh juga buat exercise.”
Terdahulu, Fasha Sandha pernah mendapat kritikan netizen selepas berkongsi foto yang menunjukkan dirinya mengenakan kostum menyerupai watak Maleficent lakonan Angelina Jolie, dalam sebuah majlis yang berlangsung di kawasan perumahannya.
Dalam pada itu, Fasha turut membalas komen netizen dengan meminta mereka untuk berikan bukti jika benar dia menyambut perayaan Halloween.
Sumber/Kredit : Murai.my
Diolah Oleh : Wan Network
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.