“Semoga Istiqomah kak Emma.”- Emma Maembong Kongsi Momen Di Mekah, Ramai Yang Titip Doa Agar Emma Tutup Aurat?

Umum mengetahui pelakon, Emma Maembong adalah antara selebriti yang turut menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah sejak akhir Januari, baru-baru ini bersama suami, Muhammad Shazli Azhar serta anak lelaki mereka, . Selain Emma dan suami serta seorang anak lelaki mereka, Shariq Gabriel.

“2019 Emma Berdoa Depan Kaabah Untuk Percepatkan Jodoh..”

Terkini, Emma dilihat berkongsi foto di Instagram, yang memaparkan dirinya bersama suami di hadapan Kaabah dan menceritakan bahawa dia pernah berdoa di hadapan Kaabah agar dipercepatkan jodoh pada empat tahun yang lalu.

“2019 Emma berdoa depan kaabah untuk percepatkan jodoh, doa Emma nak kahwin next year tu jugak, dan setahun kemudian 2020 alhamdulillah Allah makbulkan doa Emma. Emma kahwin dan telah dikurniakan anak dalam tahun yang sama seperti yang Emma doakan .

Dan tahun ni Emma diberikan rezeki untuk datang balik ke kaabah bersama suami dan anak, ya tuhan sekalian alam, tuhan maha mendengar lagi berkuasa, terima kasih kerana mengkabulkan doa ku, syukur ya rabb ❤️.”-tulis Emma

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

Netizen Titip Doa Buat Emma

Hantaran Emma turut dibanjiri dengan komen netizen yang memuji penampilan Emma sepanjang berada di Tanah Suci Mekah, malah ramai yang mendoakan agar Emma dapat menutup aurat dengan sempurna setelah kembali ke tanah air.

“Semoga istiqomah kak emma.”

“Semoga Allah jentikkan hati-hati adik beradik ni terus beristiqamah ke jalanMu selamanya, dan menutup aurat sempurna seperti ini selepas balik dari Tanah Haram ini. Ameen.”

“Harap dah balik nanti terbuka la pintu hidayah tutup aurat bertudung tak seksi dah.”

Doakah yang baik-baik sahaja lah ya..

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://murai.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

[VIDEO]“Anak Yang Bijak”-Telatah Jebat Jayden Kongsi Khasiat Air Zam Zam Mencuit Hati Netizen

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini muncul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *