“Yeay my bro, So proud of u!!”- Amir Raja Lawak Bersyukur Miliki Alza, Ramai Ucapkan Tahniah Atas Rezeki & Kagumi Usaha Kerasnya!

Pelawak dan usahawan Air Jagung Amirreka baru-baru ini memberitahu ramai yang hasil dirinya berniaga, Amir Raja Lawak berjaya membeli sebuah kenderaan jenama Perodua Alza.

Selebriti berpersonaliti sentiasa merendah diri dan pandai menghiburkan orang ramai ini memuat naik mengenai kesyukurannya itu menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Dalam muat naik oleh Amir itu, dia meluahkan rasa syukur kerana berjaya membeli kenderaan tersebut hasil sokongan ramai. Selain itu, Amir juga memberitahu dia mengambil masa sehingga enam bulan untuk mendapatkan Alza tersebut.

Biarpun begitu, Amir tetap bersabar menanti dan individu yang menguruskan proses jualan sangat membantu dan mudahkan urusannya. Berikut adalah berita gembira Amir Raja Lawak bersyukur miliki Alza yang dikongsikan menerusi Instagram miliknya itu:


Perkongsian berita gembira Amir Raja Lawak bersyukur miliki Alza ini telah mencuri perhatian ramai termasuklah rakan selebriti. Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan warganet mengucapkan tahniah serta mengagumi usaha keras Amir tersebut.

Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian berita gembira tersebut:

“Tahniah Amer..Semoga kereta menjadi manfaat buat Amer untuk urusan dunia dan urusan akhirat”

“Tahniah Amirekaaa. Moga bertambah lagi rezeki lepas ni”

“Yeay my bro. So proud of u!! U work hard for this! You deserve it”

“Rajin berniaga Amir Raja Lawak hasil usaha demo”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Syor

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

[VIDEO]“Anak Yang Bijak”-Telatah Jebat Jayden Kongsi Khasiat Air Zam Zam Mencuit Hati Netizen

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini muncul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *