Pelakon versatil Datuk Fizz Fairuz tidak kisah dan menerima seadanya keadaan fizikal isteri tersayang, Datin Almy Nadia walaupun menerima banyak saranan daripada orang sekeliling yang meminta supaya wanita itu menurunkan berat badan.
Fizz atau nama lengkapnya Mohd. Fairuz Zainal Abidin ketika ditemui Kosmo! Online berkata, dia tidak kisah dengan perubahan bentuk fizikal isterinya kerana tetap akan menyayangi dan mencintai wanita itu sepenuh hati.
“Kadang-kadang isteri tanya sama ada saya sayangkan dia atau tidak kerana bentuk badannya yang ge.muk. Saya cakap biarlah.
“Kalau awak ku.rus, saya mengan.dungkan awak balik. Sebab saya menerima dirinya yang sekarang. Saya tidak kisah kerana saya suka dia begitu (ge.muk),” luah Fizz kepada Kosmo! Online.
Ujar pelakon berusia 44 tahun itu lagi, dia bersyukur kerana memiliki seorang isteri yang dianggap sempurna kerana pandai menguruskan rumah tangga serta anak-anak.
“Kalau dia ku.rus, saya tidak fikir isteri akan dapat jadi seorang ibu sempurna. Saya bersyukur dengan kehadiran empat orang cahaya mata dalam keluarga.
“Jadi tidak perlu fikir kalau orang bercakap bu.ruk tentangnya,” kata Fizz.
Fizz memberitahu, sebelum ini dia pernah memberi galakan kepada Almy untuk menurunkan sedikit berat badan, tetapi mestilah dengan cara yang betul dan sihat.
“Saya pernah suruh dia ku.ruskan badan. Saya beri galakan. Tapi cara yang bagaimana? Potong u.su.s? Sementara nak tunggu sembuh lebih ku.rang dua minggu, anak-anak nanti bagaimana?
“Saya nak ambil pembantu, dia tak mahu. Semua kerja nak buat sendiri. Saya tahu isteri penat buat kerja rumah, uruskan anak-anak ke sekolah. Tapi itu yang dia mahukan,” katanya.
Sementara itu, Fizz yang ditemui ketika tayangan perdana filem Coast Guard di sini, semalam mengakui tidak pernah menerima sebarang mesej nakal daripada wanita yang mahu mendekati dirinya dalam media sosial.
“Mesej daripada wanita lain? Sejujurnya tiada. Kalau ada pun scammer. Tapi kalau mesej yang sarankan saya supaya menyuruh isteri untuk kuruskan badan, memang banyak.
“Siap tawarkan produk lagi. Tapi saya tidak melayan pun,” katanya.
Sekadar info, sebelum ini Almy atau nama lengkapnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 37, pernah menjadi mangsa kri.ti.kan netizen terutama selepas melahirkan anak dan tidak lagi ber.giat aktif dalam dunia lakonan.
Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan termasuk seorang anak angkat.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: KOSMO ONLINE!
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.