Anak kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman dikenali dengan panggilan Leona ini sering sahaja mendapat perhatian ramai. Leona atau nama sebenarnya Kasih Leona Iris adalah seorang influencer yang cukup terkenal dengan personalitinya di sosial media seperti Instagram dan TikTok.
Malah namanya juga sering terpalit dengan imej seksi yang turut membuatkan netizen kurang senang dengan penampilannya itu. Umum sedia tahu Leona kini sedang menyambung pelajaran di luar negara.
Namun beberapa hari lalu Leona pulang bercuti di Malaysia dan gadis muda ini rajin memuat naik video ketika di rumah. Satu video yang telah mencuri perhatian ramai adalah dengan paparan Leona bertelekung.
Di ruangan kapsyen, Leona menulis yang dia baru habis mengaji. Berikut adalah perkongsian rakaman Leona bertelekung yang membuatkan ramai memuji penampilannya itu:
@leonsmeonssbaru habis ngaji
Perkongsian rakaman menerusi akaun TikTok leonsmeonss ini telah berjaya membuatkan ramai memuji penampilan Leona itu. Memang nampak manis dan sopan sungguh! Ini pula satu lagi rakaman dengan paparan gadis ini masih bertelekung yang turut meraih lebih 600 ribu tontonan.
Dengan penampilan sebegini yang jarang dikongsikan sudah pastinya video tersebut menjadi tumpuan ramai. Malah di ruangan komen juga ramai yang meninggalkan reaksi tak sangka Leona cantik sungguh bila berpenampilan sebegini. Berikut antaranya:
“Manisnya tengok pakai tertutup macam ni”
Anak sape cantik sangat ni”

“Hambik tu dia bagi telekung btw comel la”

“Weh yang ni paling comel! Ya ampun baru kalini aku rasa dia cantik”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: SYOR
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.