[VIDEO]“Auto Keluar Macam Machine Gun” – Lakonan Puteri Balqis Jadi Anak No. 2 Cetus Fenomena?

Lakonan mantap Puteri Balqis dalam drama Rampas Cintaku membuatkan orang ramai mengingati semula kehebatan remaja ini dalam menjiwai watak sebagai pelakon.

Lakon Mantap Bak 5 Bintang

Tular sebuah video di media sosial di mana pemilik akaun TikTok @girlaccess_ memuatnaik kompilasi sedutan babak lakonan Puteri Balqis sebagai Rina dalam drama popular tersebut.

Video yang dimuatnaik itu mendapat perhatian warganet dengan jumlah tontonan sebanyak 2.2 juta dan lebih 630k komen membanjiri di ruangan balas. Rata-rata ramai yang memuji lakonan Puteri Balqis tatkala melihat kompilasi babak di video tersebut.

“Ya Allah Aqish.. Tak pernah tak hebat.. Dan tak pernah tak teruja, nak tengok cerita yang Aqish berlakon.”

“Rasa macam bukan berlakon, rasa macam realiti. Kata-kata dia tu wujud.”

“Saya suka awak dik.. Kemahiran berlakon perghh.. 5 bintang Aqish.” Komen warganet.

“Aqish memang pelakon yang bagus sangat menjiwai watak dari kecil lagi.”

“Suka nya dia berlakon.”

“Best cerita ni Aqish. Rampas Cintaku.” Komen mereka

Fenomena Anak Ke-2

Puteri Balqis yang memegang watak Rina dalam drama berkenaan merupakan adik kepada Rizal lakonan Afieq Shazwan, dan merupakan anak kedua dari dua beradik.

Berdasarkan tinjauan Murai diruangan komen, rata-rata ramai warganet yang memuji lakonan Balqis sebagai anak kedua tatkala melihat kompilasi sedutan babak video yang dikongsikan di TikTok.

“Anak nombor 2 memang jenis ‘sound’ depan-depan, pantang orang cakap belakang.”

“Jangan bagi dia bebel, auto keluar macam ‘machine gun’.”

“Anak nombor 2 itu lah perangai dia. Kalau dia tak suka, memang tak suka, depan-depan dia cakap..” Komen mereka lagi

Sekadar info, drama Rampas Cintaku ini disiarkan menerusi platform penstriman terkenal iQiyi dan mendapat lebih 100 juta tontonan secara digital.

Apa pun memang terbaiklah lakonan Balqis dalam drama ni!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://murai.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

“Tudung Sauk Nampak Mahal Dan Cantik”- Ummi Nazeera selamba pakai tudung ‘sauk’ tarik perhatian ramai

Nama pelakon, Ummi Nazeera sering menjadi sorotan ramai di media sosial kerana apabila dia berlakon …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *