“Aduh Malaysia, Hoi Hoi Ya Hoi”- Macam Tak Percaya, Altimet Dedah Siapa Dapat Royalti Lagu

Pasti ramai tahu lagu nyanyian Altimet iaitu Aduh Malaysia yang trending ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ianya digubah berdasarkan karya Allahyarham P Ramlee, Hoi Hoi Ya Hoi.

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter menggesa Altimet menuntut royalti daripada sebuah parti ia susulan parti berkenaan menyanyikan lagu Aduh Malaysia bagi meraikan kemenangan calon Parlimen Padang Serai.

Membalas ciapan netizen itu, Altimet berkata dia sememangnya tidak mahu mengambil walau satu sen pun royalti lagu tersebut dan akan diserahkan kepada waris Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Jelas Altimet lagi, lebih ramai yang menggunakan ataupun mendendangkan lagu tersebut, lebih banyak royalti yang akan diperoleh oleh waris di masa hadapan.

“Sebenarnya saya lepaskan semua royalti lagu ini pada waris Allahyarham P Ramlee. Tahun 2022 antara tahun terakhir untuk waris-warisnya terima hasil harta intelek dia.

“Hak ini lupus 50 tahun selepas pencipta meningg4l dunia. Lagi ramai orang menyanyi lagu allahy4rham, lebih banyak mereka (waris) akan dapat,” katanya.

Perkongsian Altimet itu mendapat perbagai reaksi daripada nertizen memuji tindakan penyanyi itu yang membantu waris seniman negara itu dengan cara yang bijak serta mendoakan agar dimurahkan rezeki.

KOMEN NETIZEN :

Sumber/Kredit : ROTIKAYA

Diolah Oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

[VIDEO]“Anak Yang Bijak”-Telatah Jebat Jayden Kongsi Khasiat Air Zam Zam Mencuit Hati Netizen

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini muncul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *