[VIDEO] “First Time Nampak Cantik..”- Gelagat Dato Seri Vida Tertidur Masa ‘Live’ Bikin Netizen Terpegun!

Nama usahawan kosmetik Dato’ Seri Vida tidak perlu diperkenalkan lagi kerana rata-rata rakyat Malaysia pasti mengenalinya. Selain daripada perniagaan kosmetik yang dimilikinya, DSV juga pernah mengeluarkan lagu yang menjadi bualan ramai sebelum ini.

Baru-baru ini, Dato’ Seri Vida ada berkongsikan kesusahan dan kepayahannya dalam membangunkan perniagaan kosmetiknya. Di sebalik kekayaan yang dimilikinya, usahawan itu tidak terlepas dari rasa penat dan ada masanya tertidur semasa membuat sesi ‘live’ menjual produknya.

Di dalam video yang dikongsikan itu, DSV dilihat tertidur semasa sedang melakukan siaran langsung di akaun Tik Toknya ketika menjual produk jenama kecantikannya. Menurutnya, ada masanya dia berasa penat kerana perlu membuat ‘live’ sehingga lewat pagi dan berterusan keesokan harinya.

Namun dia tidak pernah berputus asa walaupun melalui kejatuhan dalam dunia perniagaan itu. Dalam masa yang sama, DSV turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang banyak menyokong dan memberikan semangat untuknya terus berjuang.

Reaksi netizen

Perkongsian video itu turut menerima perhatian netizen di mana ramai yang memuji ketabahan usahawan itu mencari rezeki sehinggakan sanggup membuat ‘live’ sehingga lewat pagi. Malah netizen turut bersimpati melihat usahawan berusia 51 tahun itu yang kelihatan begitu penat sekali di dalam ‘live’ tersebut.

Selain itu, netizen turut memuji kecantikan yang dimiliki DSV ini yang rata-ratanya terp.egun melihat usahawan itu yang nampak lain dari biasa. Sehinggakan ada yang berseloroh berasa terkejut melihat penampilan DSV di dalam video ini.

“Dia ni sebenarnya cantik tau, aku ni kalau tidur auto roh tak ngaku diri sendiri.”

“Hari-hari buat live sampai 3 atau 4 pagi. Kadang kesian juga.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Syor

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

“Alhamdulilah, Mak Nak Awal, Saya Langsungkan Majlis Pada..”- Tahniah Shuib Umum Berita Gembira

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM Shuib menyifatkan kehadiran ahli perniagaan Watie Hanifiah dalam hidupnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *