[VIDEO] “Comelnya Tgk TokTi Mini Ni..”- Rakam Video Sendiri, Gelagat Siti Aafiyah Menαri Cuit Hati Netizen

Tidak dapat dinafikan, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin seringkali berkongsi momen istimewa bersama kedua-dua cahaya matanya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa di laman sosial, terutamanya di Instagram. Pasti ada sahaja gelagat mereka yang mencuit hati netizen. Sama ada dari bentuk video mahupun gambar, pelantun lagu Biarlah Rahsia senang untuk berkongsi dengan peminat-peminatnya yang sentiasa ingin tahu perkembangan dirinya.

Jika sebelum ini, Siti seringkali merakam video atau membuat sesi ‘live’ berbicara soal produk terbaharu, perkembangan terkini kariernya dan ada kalanya berkongsi momen santai memasak di dapur, kali ini, giliran anaknya pula, Aafiyah mengikuti jejak langkahnya.

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Siti memuat naik video pendek anak sulungnya yang sedang menari. Apa yang mencuit hati apabila, Aafiyah sendiri yang merakam videonya menggunakan telefon pintar ibunya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Aafiyah kelihatan tidok kekok menggerakkan kepalanya sambil senyuman terukir di bibir mengikut rentak lagu yang sedang menjadi trend pada masa kini, Swipe dari Alyph.

Geli hati melihat gelagat anaknya itu, Siti terus memuat naik video tersebut di laman Instagramnya bersama dengan tanda pagar ‘aafiyahanakibu’.

Laa. Diam diam dia SWIPE lak dahh! Suka suka je guna handphone ibu ye..

Biarpun video tersebut berdurasi pendek, tetapi ia sudahpun mendapat hampir mencecah 40 ribu tanda suka. Sudah pasti netizen turut terhibur dengan video anaknya itu. Mana tidaknya, Aafiyah seolah-olah menghafal setiap tarian dalam lagu tersebut. Dia juga kelihatan tidak malu berada di hadapan kamera. Mana tidak tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi, bukan?

Ada yang mengatakan bahawa wajah Aafiyah saling tidak tumpah seperti ibunya. Malah ada juga yang mengusik bertanyakan

Awak tahu tak ibu awak penyanyi nombor satu negara?

Biarpun perkongsian tersebut ringkas dan santai, namun cukup untuk menggembirakan peminat-peminat penyanyi kesayangan ramai itu.

Sumber gambar: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza, NONA

About admin blog

Check Also

“Perempuan cantik memang selalu kena fítnαh..”- Azhar Sulaiman mula bersuara ísu Isu Sophia Albarakbah!

Sejak akhir-akhir ini industri hiburan sekali lagi dike.jut.kan dengan satu kisah pendedahan oleh Bella Astillah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *