Muka Lelaki Seiras Shuib, “Tolong Tag Dia Please..Teringin nak Jumpa”

Ada yang berpendapat di dunia ini ada tujuh orang muka sama dengan kita. Jadi tidak hairanlah bila ada sahaja yang muka seiras dengan selebriti muncul satu persatu.

Jika sebelum ini antara yang muncul memiliki wajah seiras selebriti seperti Erra Fazira, Fazura dan Neelofa. Semuanya bila bersiap memang nampak sama betul.

Namun kali ini seorang lelaki seiras Shuib pula telah mencuri perhatian ramai. Foto lelaki ini dikongsikan sendiri oleh usahawan dan selebriti itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Berikut adalah foto muka lelaki seiras Shuib ini yang telah dimuat naik oleh selebriti tersebut menerusi akaun media sosial miliknya:

Manakala di ruangan kapsyen, Shuib menulis yang dia teringin untuk berjumpa lelaki berpakaian uniform ini.

“Yee macam samaaa. Tapi bukannnn, salahhhh salahhh. Ada yang kenal ke abang ni. Tolong tag dia pleaseee…Teringin nak jumpa”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan netizen meninggalkan reaksi mereka. Ada yang mengusik dan ada juga yang akui muka mereka memang sama. Berikut antara yang diluahkan:

“Jangan cuba menyamar. Saya tau lah ni Mr Shuib”

“Shuib Sepahtu versi garang hahaha..Sama sangat ni”

“Sapakah gerangannya ya.. Moga Shuib dapat temui abang tentera ni”

“Akhirnya kantoi jugak Eib.. Aku dah kata jangan amek gambor waktu kau dalam uniform. Kan orang dah dapat cam”

Sumber:HCL

About admin blog

Check Also

“Perempuan cantik memang selalu kena fítnαh..”- Azhar Sulaiman mula bersuara ísu Isu Sophia Albarakbah!

Sejak akhir-akhir ini industri hiburan sekali lagi dike.jut.kan dengan satu kisah pendedahan oleh Bella Astillah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *