Pelakon jelita, Uqasha Senrose menerima teguran netizen yang teringin untuk melihatnya berhijab.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Uqasha memuat naik foto lama dan turut memuji rambutnya yang dahulu berwarna hitam serta lebat.
“Hahaha abang @ridzokumura !! Senyap senyap je dia post pic lama yang konon konon mulut tu manja sangat lah tu hahaha. I miss my black thick hair !! Cantik kan rambut ni saloon @ridzokumura yang buat,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, Uqasha telah menerima soalan dan teguran positif dari netizen.
“Salam, cantiknya rambut Uqasha, nak tengok Uqasha berhijab nanti lagi cantik gitu,” komen netizen.
Tidak mendiamkan diri, Uqasha membalas kenyataan tersebut dengan komen yang baik serta menyuruh individu tersebut untuk mendoakannya.
“Insya-Allah thank you atas doamu, mana tahu terbuka hati dengan tegu.ran yang sangat menjaga hati. Thank you my dear,” balasnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: Xtra
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.