Rakam Kaki Terketar, Ramai Tertanya-Tanya Waris Perli Siapa?, “Anxiety Tidak Dibenarkan Di Sini…”

Penyanyi rap Muzzammil Bin Alias atau lebih dikenali sebagai Waris mengundang kontroversi apabila memuat naik sebuah video di akaun Tik Tok miliknya. Di dalam video tersebut, kelihatan penyanyi rap itu berada di sebuah majlis dan duduk dengan keadaan kakinya yang terketar-ketar.

Lebih menimbulkan persoalan ramai ialah penyanyi rap itu menyentuh tentang isu anxiety di ruangan kapsyen sekaligus membuatkan ramai tertanya-tanya mengenainya. Malah ada yang mendakwa Waris memerli seorang pelakon wanita yang menerima anxiety attack di dalam sebuah majlis baru-baru ini.

“Anxiety tidak dibenarkan di sini.”

Macam yang semua tahu, baru-baru ini pelakon Maya Karin menjadi bualan ramai selepas dia diserang panic attack ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32. Malah pelakon wanita itu turut dibantu dan ditenangkan oleh Faizal Hussein yang menjadi gandingannya pada malam tersebut.

Reaksi netizen

Perkongsian dari Waris ini turut menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen yang tertanya-tanya motif penyanyi rap itu memuat naik video tersebut. Tidak kurang juga yang menyelar tindakannya yang dikatakan memerli pelakon wanita itu di atas insiden yang berlaku padanya baru-baru ini.

“Err tak paham, maksud cakap macam tu kenapa? Ke perli….”

“Anxiety tu boleh berlaku kat mana-mana je Waris. Orang yang mengalami je faham, so benda tak lawak k.”

Tiada niat perli sesiapa

Namun ada juga netizen yang mempertahankan Waris di mana kapsyen tersebut sebenarnya ditujukan untuk dirinya sendiri. Malah turut dapat dilihat dengan jelas di dalam video itu, penyanyi rap tersebut dilihat dalam keadaan yang gelisah dan cuba menenangkan dirinya sendiri.

“Dia cakap pasal dia. Tengok kaki dia non stop goyang.”

Sebelum ini, pelakon Maya Karin menjadi bualan ramai selepas memberitahu dia menerima panic attack semasa menyampaikan anugerah di FFM ke-32. Pelakon wanita itu dikatakan menggigil dan hampir pitam semasa berada di atas pentas.

Malah dia juga terpaksa menanggalkan kasut tinggi yang dipakainya bagi mengurangkan perasaan gementar. Dalam masa yang sama, pelakon Faizal Hussein turut membantu membawa kasut tinggi pelakon itu semasa turun dari pentas.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumber:HCL

About admin blog

Check Also

“Perempuan cantik memang selalu kena fítnαh..”- Azhar Sulaiman mula bersuara ísu Isu Sophia Albarakbah!

Sejak akhir-akhir ini industri hiburan sekali lagi dike.jut.kan dengan satu kisah pendedahan oleh Bella Astillah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *