‘Masuk Meminang, Majlis Minggu Depan’ Perk0ngsian Pelak0n Fauziah Ahmad Daud Jadi Bualan Peminat

Menerusi satu perkongsian, pelakon dan pengarah, Fauziah Ahmad Daud memaklumkan akan melangsungkan majlis istimewa, minggu depan.

Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy berkata dia sedang menghitung hari bahagia dan sudah menerima pinangan daripada pihak berkenaan.

Pada mulanya dirisik, kemudiannya masuk meminang. Pinangan diterima.Majlis minggu depan, tak sabarnya kita,” tulisnya.

Perkongsian Ogy itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mendoakan agar setiap apa yang dirancang dipermudahkan.

Siapa sangka Fauziah Datuk Ahmad Daud yang ramai kenali sebagai seorang yang tegas memiliki sisi lain yang ramai tidak tahu.

Menjengah ke ruangan komen mendapati rata-rata meluahkan rasa teruja dengan berita itu selain mendoakan urusan bintang filem Azura itu dipermudahkan.

Ogy sempat membalas beberapa komen warganet yang bertanyakan siapakah gerangan lelaki pilihannya itu. Ogy bagaimanapun hanya memberitahu ‘orang luar negara’ di ruangan balas.

Terdahulu, Ogy pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Eman Manan pada 23 Disember 1990 namun pasangan itu memfailkan pencer4ian pada 2 Julai 2003 selepas 13 tahun hidup bersama.

Sumber/ Kredit :Fauziah Ahmad Daud

Diolah oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

[VIDEO]“Anak Yang Bijak”-Telatah Jebat Jayden Kongsi Khasiat Air Zam Zam Mencuit Hati Netizen

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini muncul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *