“Aznil Nawawi pula menitis air mata” Zamani buat persembahan pertama selepas pembed4han, sekali benda lain yg netizen perasan

SELEPAS hampir sebulan menjalani pembed4han tul4ng belakang akib4t peny4kit scoliosis pada November lalu, penyanyi Zamani tampil membuat persembahan pertama pada malam Ahad.

Menerusi perkongsian oleh isterinya iaitu Nur Juliana Abd Rani, postur badan Zamani dilihat kembali menegak dan bergerak aktif di atas pentas sambil melayani peminat.

Nur Juliana memberitahu suaminya itu sudah kembali aktif selain turut berterima kasih kepada peminat yang hadir memeriahkan suasana majlis tersebut.

“Persembahan pertama selepas menjalani pembed4han tulang belakang. Terima kasih kepada CEO dan warga kerja DATUM kerana menjemput serta pengunjung-pengunjung yang hadir. Terima kasih kerana sudi hadir malam tadi,” katanya.

Zamani kembali menghiburkan peminat selepas pembed4han.

Perkara itu dikongsikan Nur Juliana menerusi Instagram miliknya yang turut memperlihatkan Zamani sedang menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta.

Sementara itu, pengacara Datuk Aznil Nawawi selaku individu yang banyak membantu mengumpul dana pembed4han Zamani turut meluahkan rasa syukur dan gembira melihat penyanyi berusia 51 tahun itu kembali sihat.

Kata Aznil, dia menitiskan air mata menonton persembahan Zamani bukan kerana sedih tetapi gembira melihat bekas vokalis kumpulan Slam itu sudah mampu menghiburkan peminat kurang daripada sebulan selepas pembed4han.

“Allahuakhbar, terima kasih Allah kembalikan kesihatan dan keadaan fizikal Zamani kepada dahulu. Menitis air mata gembira menonton persembahan pertama Zamani selepas membuat persembahan. Kurang dari sebulan selepas pembed4han dilakukan,” katanya di Instagram.

Dalam pada itu, rata-rata peminat kagum sekali gus gembira melihat perkembangan kesihatan Zamani yang memberangsangkan selain menunjukkan perubahan ketara.

Peminat gembira Zamani semakin sihat dan kuat.

“Syukur… gembira lihat Zamani dah buat persembahan semula. Dah makin sihat dan kuat dah.

“Tetap tak hampakan peminat walaupun nampak dia penat semoga terus sihat abang Zamani,” antara komen netizen.

Untuk rekod, Zamani menghidap peny4kit skoliosis sejak 2015 dan keadaan dilihat semakin tervk apabila badannya tidak boleh berdiri tegak ekoran tul4ng belakangnya melengkung.

Penyanyi itu melakukan pembed4han membetulkan tul4ng belakangnya pada 7 November lalu di sebuah pusat perub4tan di Kuala Lumpur.

KOMEN NETIZEN :

Sumber/Kredit : mStar

Diolah Oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

“Muka lawa, tapi sayang..”- Kαcukan! Ini biodata Sophia yg raih perhatian. sekali benda ini netizen perasan

Nama Sophia Albarakbah menjadi sebutan ramai sejak akhir-akhir ini. Memiliki paras rupa jelita dan sekali …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *