“Happy Birthday Love! Semoga You Dah Ready , Cik Yam Dan Khaleeda Nak Adik Tu”- Ucapan Fizo Omar Sempena Hari Lahir Isteri

Semalam, pelakon dan usahawan Fizo Omar bersama isteri dan anaknya telah ke Pulau Pinang untuk bercuti sambil menyambut hari lahir isterinya, Fazeera Nazri.

Fizo atau nama penuhnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya menitipkan ucapan sempena hari bermakna buat isterinya yang tersayang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

“Happy bday  @ffezyranesry

“Semoga awak dah bersedia, Cik Yam and khaleeda nak adik tu . Love you sayang ummi”

“Nota kaki: sebelum ramai yang tanya mane cik yam? Jawapan = cik yam tak join sebab ada bersama mummy dia, abe joe tak tau nak pergi mana untuk hari lahir dia,naik kereta, isi minyak dan tahu-tahu sampai ke Penang.ok bye” katanya.

Wow cepat betul Fizo nak tambah anak lagi, baca komen-komen pun netizen cakap suruh sabar dulu sebab anak tu masih kecil. Mungkin Fizo sekadar bergurau kot.

Sekadar info, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam yang kini berusia 5 tahun.

Pada 21 Oktober tahun lalu, Fizo melangsungkan perkahwinan kali ke-2 dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Azrai, 25, yang diadakan secara tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang bayi perempuan pada 25 Jun lalu. –

Sumber: CARI

About admin blog

Check Also

“Perempuan cantik memang selalu kena fítnαh..”- Azhar Sulaiman mula bersuara ísu Isu Sophia Albarakbah!

Sejak akhir-akhir ini industri hiburan sekali lagi dike.jut.kan dengan satu kisah pendedahan oleh Bella Astillah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *