Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pempengaruh dan pelakon yang semakin popular ini, Sharifah Rose. Namanya kian meningkat naik sebagai pelakon wanita yang ternyata berjaya memegang peranan utama dalam beberapa drama yang berhasil menjadi sorotan ramai.
Sebelum itu, Sharifah Rose sememangnya sering mendapat perhatian warganet di akaun media sosial miliknya apabila cara penampilan dan makeup dia menerima pujian ramai kerana kelihatan bergaya dan menarik.
Sentiasa dipuji ramai
Meskipun begitu, nampaknya giliran Sharifah Rose pula membuatkan content dalam salah satu videonya di platform ini meraih pujian ramai. Mana tidaknya, Sharifah Rose juga dilihat sporting menunjukkan cara dia mengenakan makeup buat tatapan umum
Tidak sekadar merakam produk digunakan malah Sharifah Rose siap menunjukkan bagaimana dia menggunakan produk tersebut diwajahnya yang mana dari wajah tanpa makeup sehinggalah Sharifah Rose kelihatan berbeza. Meskipun begitu, wajah tanpa makeup Sharifah Rose juga mendapat pujian ramai sama seperti pelakon, Atikah Suhaime dan Eyka Farhana.
@sharifahrosesGRWM laju laju
Wajah tanpa makeup juga dipuji
Sharifah Rose bagaimanapun diruangan komen menerima pelbagai reaksi daripada warganet tentang video dikongsikannya itu apabila ada juga meminta agar dia menghasilkan lebih lagi seperti video tersebut selain pelakon jelita ini turut menerima ribuan tanda suka ramai.
‘Cantiknya Rose’
‘Kenapa saya rasa without makeup lagi cantik’
‘U cantik gil.er sum.pah’
Tak makeup pun cantik lah dia ni’
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: HCL
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.