Hubungan akrab di antara Abby Abadi dan Memey Suhaiza sentiasa menjadi perhatian ramai, lebih-lebih lagi ketika meraikan advance birthday buat Abby bersama ahli keluarga.
Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Memey mengatakan bahawa mereka meraikan ulang tahun kelahiran Abby Abadi yang ke-45 sehari lebih awal disebabkan mempunyai urusan di Singapura.
“Happy advance birthday @mamaebbyyabadi ❤️. Esok birthday mama yang ke? Siapa tahu? . Esok mama nak ke Singapore..Jadi abah kata jom sambut kat rumah makan-makan sebelum mama pergi SG. Jom sama-sama doakan yang baik untuk mama.”-Tulis Memey
View this post on Instagram
Dibanjiri Ucapan Peminat
Di ruangan komen, ramai peminat dilihat menitipkan ucapan buat Abby, malah ada yang turut meluahkan rasa kagum melihat kebahagiaan di antara dua keluarga ini.
“Bila tengok momen ni tiba air mata menit.ik jatuh. Betapa bahagia tengok pasangan ni.”
“Meriah walaupun cuma anak beranak jer. Happy birthday Mama Abby Abadi.”
“Happy birthday Mama Abby semoga dikurniakan kesihatan yang baik dipanjangkan umur dimurahkan rezeki.”
“Sentiasa seb.ak tapi bahagia tengok keluarga ni.”
Kami di Murai MY turut mahu mengucapkan selamat ulang tahun yang ke-45 buat Abby Abadi, semoga dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan..
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: Muraimy
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.