Syifa Melvin Sah Bergelar Isteri Safawi Rasid

Tahniah diucapkan buat Syifa Melvin yang sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid dengan sekali lafaz sebentar tadi.

Dalam majlis diadakan di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya pasangan pengantin dilihat cantik dan segak mengenakan busana berwarna keemasan. Pada majlis itu, Safawi menyerahkan sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah dinikahkan oleh Ustaz Khairil Nizam sambil disaksikan oleh bapa kandungnya, Amirol Melvin dan pelakon Shaheizy Sam.

Majlis ijab qabul dan resepsi yang bertemakan serba putih dan menutup aurat itu dihadiri ahli keluarga, rakan terdekat kedua belah pihak serta media.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila tular video memaparkan satu stadium menyanyikan lagu ’selamat pengantin baru’ buat Safawi selepas tamat perlawanan separuh akhir di antara pasukan JDT dan Sabah FC.

Bukan itu sahaja, turut tersebar kad undangan resepsi yang bertarikh 3 Disember depan dimana tertera nama ibu bapa Safawi, Rasid Sulong dan Selemeh Abu Bakar di media sosial.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://www.rotikaya.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

“Perempuan cantik memang selalu kena fítnαh..”- Azhar Sulaiman mula bersuara ísu Isu Sophia Albarakbah!

Sejak akhir-akhir ini industri hiburan sekali lagi dike.jut.kan dengan satu kisah pendedahan oleh Bella Astillah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *