Penyanyi Yonnyboii menganggap netizen hanya melihat kehidupan dia dan isterinya iaitu Nik Nazira melalui yang dikongsikan di laman sosial sahaja.
Bagi penyanyi lagu Sa/kit ini, dia tidak kisah jika isterinya mahu menggayakan pakaian se/ks/i kerana menganggap penampilannya itu hanya untuk dirinya.
“Bagi saya, tak perlu kot orang lain jaga tepi kain saya dan nak tahu macam mana saya menjaga bini saya. Orang hanya nampak dan tahu apa yang kita kongsi di laman sosial.
“Tapi orang tak tahu yang kami berdua ini jenis duduk rumah saja. Jadi, dia sekadar nak feeling sendiri dan lawa-lawa bila berada di rumah… ambil gambar atau selfie dalam rumah saja.
“Saya tak ada masalah pun dengan imej dia. Bagi saya, biarlah dia nak melawa. Sebab dia nak melawa pun untuk saya… I like it. Insya-Allah nanti dia akan berubah juga,” katanya kepada Gempak.
Yonnyboii ditemui ketika acara GSC X Air Selangor Hydro Run with Mechamato di IOI City Mall Putrajaya pada pagi Sabtu yang disertai lebih 4,000 peserta.
Sementara itu, Yonnyboii turut memberitahu dia bersyukur dirinya masih lagi relevan disebabkan itu netizen ge.mar bercakap mengenai kehidupannya bersama isteri.
“Kami dah tak fikir sangat… apa saja publisiti adalah publisiti. Kalau orang ki.sa.h fasal saya maksudnya mereka ambil berat lagi fasal saya.
“Kiranya orang masih fikir fasal kita. Saya bersyukur saya masih relevan dan orang masih bercakap. Dan saya berharap orang terus bercakap sampai bila-bila. Kita tak jadi sendu,” ujarnya.
Sebelum ini, tu.lar video isteri Yonnyboii iaitu Nik Nazira memakai gaun pendek berwarna hitam di TikTok yang mengundang krit.ika.n netizen di laman sosial.
Rata-rata netizen menganggap pakaian yang digayakan Nik Nazira itu men.co.lok mata kerana ia jar.ang sehingga menampakkan kul.it di bahagian lengan dan per.ut selain terlalu pendek.
Mohon maaf jika imej itu dia.ng.ga.p terlalu se.k.si, Nik Nazira bagaimanapun berkata dia tidak pernah melakukan sesuatu hanya untuk mendapatkan perhatian netizen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: Gempak
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.