Pelakon Reen Rahim menyatakan sudah memaafkan pelakon lelaki yang didakwa menc3kiknya sewaktu menjayakan satu babak lakonan dalam penggambaran filem Batu Sy4itan.
Tidak mahu memperbesarkan isu, Reen berkata hal yang berlaku itu sudah selesai dan dia tidak mempunyai masalah sekiranya digandingkan sekali lagi dengan aktor berkenaan dalam mana-mana naskhah selepas ini.
“Saya sangat profesional, apa yang sudah berlaku sebenarnya perkara kecil sahaja sebabnya selepas habis sahaja ins1den itu, tak sampai dalam 10 minit saya dah kembali berlakon.
“Saya okay dan dah maafkan perkara itu, tengok muka dia pun saya boleh. Saya boleh lupakan ins1den itu.
“Tapi, kalau dia yang sudah tidak mahu berlakon dengan saya lagi, apa yang saya boleh cakap?
“Saya okay sahaja sekiranya perlu berlakon dengan dia lagi sebab saya memang tak ada masalah.
“Kalau nak mempromosikan filem itu bersama-sama pun saya sememangnya tak ada masalah,” katanya ketika ditemui usai sesi pratonton filem lakonannua berjudul Daddyku G4ngster baru-baru ini.
Bagaimanapun kata Reen, dia tidak menafikan ada rasa sedikit kesal kerana pelakon itu tidak mengakui kesalahan sebaliknya menganggap ins1den itu sebagai sebahagian babak dalam lakonan.
“Saya ada mesej dia secara personal dan berikan video itu sebagai bukti yang menunjukkan saya benar-benar s4kit dan tidak bermaksud mahu kurang ajar.
“Tetapi dia tak mengaku dan beritahu benda itu tak s4kit dan tak real. Sebenarnya saya berharap selepas perbualan itu adalah feedback positif dari dia. Tapi bila dia sudah kata begitu, saya nak kata apa?
“Ketika kejadian saya memang hampir lost, sebab itu saya tertengking dia, macam buat perangai dekat rumah g4duh dengan adik beradik.
“Sebenarnya selepas saya bertenang dan mahu kembali ke set penggambaran, saya ingin meminta maaf, tetapi pada ketika itu saya lihat dia tengah mar4h,” jelasnya.
“Kalau Setakat Kena Cek1k Macam Tu, Takkan m4ti Punya” – Fezrul Khan Ulas Isu Babak Dengan Reen Rahim
Pelakon Fezrul Khan memberitahu dia berasa hairan dengan tindakan aktres Reen Rahim yang menjerit kepadanya selepas pengarah menghentikan babak aksi antara mereka.
Pernah melalui pengalaman lakukan babak melibatkan api dan air, Fezrul berkata setakat aksi mencek1k yang dilakukan terhadap Reen itu tidak akan mer4gut ny4wa.
“Kenapa bila pengarah ‘cut’ saja, dia kena menjer1t dengan saya? Kenapa tak jer1t dari awal? Habis saja babak tu, dia siap betulkan rambut. Saya pernah melalui pelbagai pengalaman dalam api dan juga air.
“Kalau setakat kena cek1k begitu, tak kan m4ti punya. Mungkin dia nak tunjuk kepada teman lelakinya kot. Sebelum masuk set pun, penolong pengarah sudah pesan, ‘kalau teman lelaki Reen datang, jangan bergurau dengan dia’.
“Sebagai pelakon, saya perlukan keserasian. Kalau tak dapat keserasian itu, takkan dapat melakonkan sesuatu watak dengan baik,” katanya kepada Gempak.
Fezrul berkata demikian ketika sidang media drama terbaharu lakonannya berjudul Aku Seorang Perempuan yang diadakan secara atas talian pada baru-baru ini.
Menurut Fezrul lagi, dia mempunyai pengalaman dan ilmu berkaitan keselamatan selain pernah menyelamatkan orang yang pengsan di set penggambaran.
“Saya belajar dengan pelbagai badan beruniform dalam melakukan sesuatu urusan berkaitan menyelamat dan sebagainya.
“Bahkan, saya juga pernah menyelamatkan orang yang pengs4n di set penggambaran. Saya belajar semua itu dan bukan b0doh-b0doh saja.
“Saya dah pernah lakonkan pelbagai babak aksi pert4rungan dengan ramai pelakon, baik lelaki, mahupun wanita. Pernah juga saya tertendang kepada orang dan tersiku.
“Tapi, kemudian saya akan minta maaf dan tanya s4kit atau tidak kerana ada kalanya, kem4langan tak dapat dielakkan. Kita cuma boleh melakukan latihan, tapi kalau kemal4ngan nak berlaku, ia akan berlaku,” katanya.
Ins1den ‘cek1k’ boleh elak kalau tahu teknik lakonan, Ogy Ahmad Daud kongsi pengalaman buat babak tarik rambut
KECEDERAAN ketika melakukan aksi lasak dapat dielakkan sekiranya seseorang pelakon tersebut tahu tentang teknik lakonan sebelum memasuki set penggambaran.
Pelakon veteran, Fauziah Ahmad Daud memberitahu setiap babak terutamanya melibatkan aksi lasak dengan sentuhan fizikal perlu dilakukan dengan teknik yang betul dan disebabkan itu asas lakonan sangat mustahak.
“Saya tidak tahu apa yang terjadi, tetapi bagi seorang pelakon lama saya rasa kita sebagai pelakon harus tahu teknik lakonan.
“Setiap babak yang dilakonkan, tidak kira adegan apa pun memang perlu ada cara betul untuk dilakukan,” katanya kepada mStar.
Ogy tidak kedekut berkongsi ilmu kepada pelakon.
Fauziah atau lebih lebih mesra dengan sapaan Ogy berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Kuliah Dhuha sempena pelancaran wakaf al-Quran yang diadakan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati Kuala Lumpur pada Sabtu.
Ia sebagai respon susulan isu hangat melibatkan dua pelakon iaitu Fezrul Khan yang dikatakan mencekik rakan gandingannya iaitu aktres Reen Rahim sewaktu menjalani penggambaran sebuah filem.
Reen mendakwa Fezrul tidak mengaku dia melakukan kekasaran terhadapnya namun aktor itu pula membid4s kenyataan tersebut dan menegaskan apa dilakukan demi memastikan babak tersebut kelihatan real.
Dalam pada itu, Ogy tidak menafikan sebagai pelakon mereka juga manusia biasa yang akan membuat kesilapan meskipun sudah dilatih dengan teknik lakonan.
Bagi seorang pelakon lama, saya rasa kita sebagai pelakon harus tahu teknik lakonan.
Kata Ogy, perkara itu sepatutnya perlu ada perbincangan di antara pelakon dan pengarah sebelum memulakan penggambaran bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.
“Setiap orang pasti akan melakukan kesilapan. Pada saya, kenapa tidak melakukan perbincangan (jika tiada) sebelum adegan itu dilakukan.
“Sebaik-baiknya, pelakon perlu berbincang bagaimana babak itu akan dilakukan… ia sebenarnya cara terbaik,” katanya.
Ogy berpendapat setiap pelakon harus tahu teknik lakonan.
Berkongsi pengalaman sendiri, Ogy berkata, dia sendiri pernah melakonkan babak adegan menarik rambut sehinggakan ramai percaya ia benar-benar berlaku.
Kata Ogy, seorang pelakon tidak perlu berlebihan untuk memastikan sesuatu babak kelihatan real, sebaliknya hanya perlu menggunakan teknik yang tepat.
“Ketika berlakon dalam teater Bawang Putih Bawang Merah ada adegan tarik rambut dan saya ajar teknik itu kepada pelakon supaya ia nampak betul tetapi tidak meny4kitkan mana-mana pihak.
“Nak bagi nampak real ada cara yang tepat selain kita kena tahu siapa feeder dan siapa killer,” jelasnya.
Reen mendakwa dicek1ik oleh Fezrul ketika penggambaran sebuah filem.
Dalam perkembangan lain, Ogy selaku Premier Volunteer Yayasan Ammirul Ummah (YAU) melancarkan Program Wakaf 10,000 naskhah al-Quran bagi mempertingkatkan pembangunan Islamiah di rantau Asia Tenggara.
Kesemua 10,000 naskhah al-Quran berserta terjemahan itu akan diwakafkan ke Jawa Barat, Indonesia.
“Saya seru agar lebih ramai individu yang akan menyertai program wakaf ini bagi menjayakan misi sasaran kutipan yang akan disumbangkan pada Disember ini.
“Ia sekali gus menggenapkan jumlah 50,000 naskhah yang diwakafkan kepada pelbagai pihak bagi tahun ini,” katanya.
Sumber/ Kredit : mStar
Diolah oleh : Wan Network