Penyanyi Marsha Milan gagal men.ahan a.ir mata apabila berkongsi cerita mengen.ai rakan baiknya pelakon Nad Zainal yang ketika ini sedang dit.idurk.an di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Ampang Puteri sejak Selasa.
Berkesempatan untuk menziarahi aktres tersebut, Marsha menjelaskan saat dirinya memberikan kata-kata semangat buat Nad, pelakon drama Cina Buta itu seakan mendengar dan men.gal.irkan air mata.
“Rabu yang lalu, saya sempat ziarah Nad di hos.pital. Saya dan beberapa rakan selebriti yang lain. Saya dapat masuk dalam IC.U dan pegang tangan dia.
“Saya sempat bercakap dengan dia, saya kata Nad kena ku.at, Nad kena teruskan perjuangan, Nad ada anak-anak yang tunggu Nad.
“Itu antara ayat-ayat kami yang datang ziarah dan akan cakap benda sama. Terbukti dengan sokongan dan kata-kata semangat daripada rakan yang hadir, keadaan dia nampak semakin baik dan positif.
“Walaupun dia dalam keadaan tidur, saya tengok bila cakap pasal anak-anak, saya nampak dia keluarkan air mata. Itu tanda dia dengar apa yang kami cakap dekat dia,” kongsinya.
Marsha berkata demikian ketika ditemui usai dia melakukan persembahan menerusi lagu Kembali Terang pada hari pertama Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 yang bersiaran langsung dari Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Ditanya mengenai rancangan yang ingin dilakukan apabila Nad sudah sedar, anak kelahiran Sabah itu menjelaskan dia dan beberapa rakan selebriti lain berhasrat untuk mengadakan sesi reunion bersama-sama.
“Kami jarang berjumpa tapi kami rajin bergurau dan bora.k dalam group Whatsapp, saya dan dia busy sebab masing-masing ada kerja.
“Sebab itu, saya ada juga cakap dekat Nad masa di hos.pi.tal, dia kena bangun dan sedar sebab banyak benda yang nak dibuat sama-sama.
“Kami nak reunion dengan kawan-kawan yang lain, ada Nabila Huda, Sharifah Sakinah, Nadia Aqilah dan ramai lagi,” kongsinya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: Gempak
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.