Baru saja melancarkan koleksi tudung terbaharunya semalam, hari ini Fazura berlepas ke Singapura pula untuk bertemu dengan peminatnya disana.
View this post on Instagram
Dalam satu hantaran di Instagramnya, isteri Fattah Amin itu meluahkan rasa berat hati berjauhan dengan anaknya Fatima namun terpaksa demi tanggungjawab kerjayanya.
“Ada ni.. nak ke Singapura bertemu darlings Faz di sana. Never easy buat seorang ibu untuk tinggalkan anak nya ya.. but mommy’s got to work. #rinduanakdah #suamipunjauh #lamatakberlakondrama” katanya.
Meninjau ruangan komen, netizen turut berkongsi rasa yang sama bila terpaksa berjauhan dengan anak demi tugas.
Namun apa yang lebih menarik, tanda pagar #lamatakberlakondrama turut menjadi tumpuan netizen. Rata-rata menyokong Fazura kembali berlakon kerana rindu untuk melihat artis kesayangan ramai ini muncul dalam drama di kaca televisyen.
Terdahulu, Fazura memaklumkan akan kembali membintangi sebuah drama bersiri berkonsepkan Islamik selepas sambutan Hari Raya tahun ini namun mengakui beliau tidak mahu lagi memegang watak wanita yang merebut lelaki serta mempunyai jalan cerita seakan cinta tiga segi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: https://b.cari.com.my/
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.