Dari Sedih Jadi Kelakar Bila Anak Zarina Zainuddin, Azal Terkentut Di Sesi Rakaman

Anak kepada pelakon senior, Zarina Zainuddin dikenali dengan panggilan Azal ini memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Merupakan seorang anak istimewa, Azal sering mencuri tumpuan ramai dengan personaliti mesra dan merendah dirinya.

Biarpun diejek dan dikritik, namun anak ini tetap tersenyum girang. Walau bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman yang dimuat naik menerusi Instagram Zarina Zainuddin dipaparkan sesuatu yang sukar dijangka malah menghiburkan ramai.

Dalam perkongsian tersebut kelihatan Zarina Zainuddin dan Azal sedang ditemubual. Dari suasana sedih ketika Zarina menceritakan satu keadaan. Malah riak muka Azal juga jelas kelihatan agak sedih.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila Azal tiba-tiba terkentut membuatkan suasana dari sedih jadi kelakar. Berikut adalah perkongsian rakaman tersebut:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Menurut Zarina sendiri tidak sangka anaknya itu secara tak sengaja terkentut. Malah di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan netizen terhibur menyaksikan rakaman ini. Tak kurang juga akui baru mula mahu berasa sedih namun terbantut disebabkan perkara tersebut.

Berikut adalah reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian video temubual sedih bertukar kelakar apabila Azal terkentut yang dimuat naik oleh Zarina Zainuddin ini:

“Baru je nak feeling2 sedih nak mendalami perasaan Kak Zarina tiba2 ada yang kentut. Kentut yang ada oksigen dan bakteria”

“Aku ni dah nak bersedih..Azal kacaukan dengan kentut dia. Tak jadi lah aku sedih”

“Mula2 dah sedih dah tiba dia jadi kelakar”

“Hahahha adoiii Azal”

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

Sumber:HCL

About admin blog

Check Also

“Tudung Sauk Nampak Mahal Dan Cantik”- Ummi Nazeera selamba pakai tudung ‘sauk’ tarik perhatian ramai

Nama pelakon, Ummi Nazeera sering menjadi sorotan ramai di media sosial kerana apabila dia berlakon …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *