[VIDEO]“Anak Dengan Bapak Sama Naik”- Telatah Jep Melayan Anak-Anak Dipuji Warganet

Ada yang mengatakan seorang ayah ini sukar untuk mengucamkan kata “sayang” pada anaknya apatah lagi untuk menzahirkan perasaan sayangnya pada anak di khalayak ramai. Realitinya, mungkin tidak nampak di mata tetapi seorang ayah ini menunjukkan rasa sayangnya pada anak dengan cara yang berbeza.

Baru-baru ini, video pelawak Muhd Nadzri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep melayan karenah anak-anaknya telah dikongsikan di laman sosial tiktok isterinya, Sari Yanti @sariyantimn. Video tersebut tular di tiktok dan menjadi perhatian warganet.

“Kanak-Kanak Ribena”

@sariyantimn kanak kanak Ribena. #fyp #fypシ #sari #jepsari #anakanakjepsari ♬ Laskar Pelangi – Idola Cilik

Menerusi video tersebut, Jep dan anak-anaknya terlihat gembira bermain pistol air di luar rumah. Mereka saling berkejaran dan menembak sesama sendiri sehingga masing-masing basah kuyup. Sari juga menulis kapsyen di video tersebut dengan mengatakan mereka semua berkelakuan seperti kanak-kanak ribena.

kanak-kanak Ribena

“Anak Dengan Bapak Sama Naik”

Hasil tinjauan Murai My di ruangan komen video tersebut, warganet terhibur dengan telatah mereka anak beranak yang seronok bermain pistol air sehinggakan mereka memberi komen anak dan ayah sama naik dan tiada beza di antara Jep dan anak-anaknya.

moga Jep dan keluarga sentiasa gembira. suka tengok dia layan anak-anak

dah takleh beza mana bapak mana anak

Ayah ngn anak sama naik

Ada juga yang memuji Jep yang melayan anak-anak tirinya seperti anaknya sendiri dan mendoakan kebahagiaan buat keluarga Jep dan Sari

happynya tengok keluarga bahagia ni…..tahniah jep sebab tak bezakan anak dengan anak tiri… terbaik

moga sentiasa bahagia buat abang jep dan familyy… aminn

moga Jep dan keluarga sentiasa gembira. suka tengok dia layan anak-anak

Sekadar info, Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pelawak Jep Sepahtu pada 25 Februari 2017. Mereka menyambut kelahiran bayi perempuan yang bernama Dariya Inara pada 25 April 2018. Sari mewujudkan laman Instagram Dariya Inara, @dariyainaraofficial pada Mei 2018. Beliau melahirkan anak keempat, Muhammad Khidir, pada 6 Jun 2020. Laman Instagram anak bongsunya itu adalah @muhammadkhidirofficial.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di PageSumber: https://murai.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

“Alhamdulilah, Mak Nak Awal, Saya Langsungkan Majlis Pada..”- Tahniah Shuib Umum Berita Gembira

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM Shuib menyifatkan kehadiran ahli perniagaan Watie Hanifiah dalam hidupnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *