“Sumpah Best Gilerr,” Akhirnya Kak Lina Belanja Suara Merdu Di GV9

Selebriti serba boleh, Elly Mazlein atau turut dikenali sebagai Kak Lina Pompom sebelum ini merupakan antara penyanyi kegemaran ramai apabila lagu-lagunya berjudul Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, Janji Kekasih dan Bungaku Bakawali menjadi perhatian.

Selepas itu, Kak Lina Pompom mulai lebih aktif sebagai pelakon dan kini pula, selebriti jelita berusia 41 tahun ini sangat disukai ramai sebagai pengacara apabila perangai selambanya sering mencuit hati penonton. Malah dalam rancangan Gegar Vaganza (GV9), dia dan Nabil Ahmad berjaya menghiburkan ramai dengan telatah mereka.

Meskipun begitu, selain terhibur dengan perangai Nabil Ahmad dan Kak Lina apabila beraksi sebagai pengacara GV9, peminat akhirnya dapat mendengar suara serius Kak Lina apabila menyanyi. Mana tidaknya, ramai yang mengetahui, dia mempunyai suara merdu.

Jadi di kesempatan disebalik tabir video GV9, Kak Lina dilihat diminta penonton untuk menyanyikan lagu Bakawali dan ternyata ia direalisasikan buat ramai.

Klip-klip video yang tular itu juga mendapat pelbagai pujian oleh warganet tentang kemerduan suara Kak Lina Pompom yang sememangnya sebelum ini cukup popular sebagai penyanyi dan memiliki banyak lagu yang memukau peminat. Memandangkan sudah tidak lama lagi, GV9 bakal melabuhkan tirai, ada juga diruangan komen mengatakan ingin melihat dia di Anugerah besar seperti ABPBH selepas ini.

‘Haha Nabil perati je Kak Lina nyanyi’

Klik pula pautan dibawah untuk ikuti topik menarik yang lain:

Sumber:HCL

About admin blog

Check Also

[VIDEO]“Anak Yang Bijak”-Telatah Jebat Jayden Kongsi Khasiat Air Zam Zam Mencuit Hati Netizen

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini muncul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *