Pilihan raya umum ke-15 sudah pun selesai jam 6 petang tadi. Sehingga ke waktu ini, ramai yang sedang menantikan keputusan pilihan raya kali ini di kaca TV masing-masing.
Pelbagai ragam dan gaya masyarakat Malaysia keluar mengundi siang tadi. Di zaman teknologi ini, biarpun ada yang perlu melalui barisan panjang namun ada beberapa perkara terjadi membuatkan ramai terhibur di pusat mengundi.
Beberapa selebriti di pusat mengundi yang sempat dirakamkan di muat naik menerusi akaun TikTok masing-masing. Antara selebriti yang mendapat perhatian umum adalah Amelia Henderson, Shukri Yahaya dan Fazura. Berikut adalah beberapa rakaman yang dikongsikan netizen:
Nampak sempoi betul masing-masing selebriti di pusat mengundi ini! Fazura sampai orang ramai serbu nak bergambar dengannya.
Malah Shukri Yahaya yang nampak cukup tenang dirakam secara dekat turut mendapat perhatian umum. Apatah lagi pelakon dan model jelita, Amelia Henderson yang hadir ke pusat mengundi dengan berpakaian ringkas dan wajah polos membuatkan ramai teruja dengan penampilannya itu.
Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian video tersebut:
“Pakai simple macam tu pon dah nampak hensem”
“Memang cantik wey muka takde makeup punn”
“Semangat pergi mengundi cenni”
“Cantik gila weiii dia maigaddd”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Sumber:HCL