Penampilan juri tetap Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Datuk Syafinaz Selamat pada konsert suku akhir malam ini dilab.el sebagai men.col.ok mata dan tidak sesuai untuk tontonan seisi keluarga.
Pada konsert malam ini, Syafinaz dilihat memakai busana yang menggunakan material kain net sehingga seolah-olah menampakkan kulitnya pada bahagian dada dan lengannya.
VIDEO:
Rata-rata netizen berpendapat pakaian sebegitu tidak seharusnya dipakai dalam sebuah program yang ditonton oleh seluruh lapisan umum.
Juri #GegarVaganza9, Datuk Syafinaz Selamat ialah seorang selebriti yang sentiasa menyokong pereka fesyen tempatan. Malam ini, beliau menyarungkan rekaan Ashley Wong dari Kuala Lumpur. Perincian lace & korset jangan cakaplah, memang 'makanan' Ashley. #SapotLokal #majalahremaja pic.twitter.com/4N2GuvBHZx
— Remaja (@majalahremajaMY) November 13, 2022
“Baju Syafinaz malam ini sangat tidak sesuai,” komen netizen.
“Tiada sesiapa ke nak tegur baju Syafinaz agak seksi untuk konsert GV9 pada malam ini?” ciap seorang lagi netizen.
Sebelum ini, penampilan Syafinaz sering meraih pujian ramai pada setiap konsert kerana kerap tampil dengan busana anggun dan unik. – KOSMO! ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: KOSMO! ONLINE, IG artis-artis malaysia, YOUTUBE, Gambar Google
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.