Gadis Cina Terjemahkan Bahasa Diguna Dalam KL G4ngster, Ramai Suka Penjelasannya

Filem aksi jen4yah, KL G4ngster yang diarahkan oleh Syamsul Yusof ini sudah lama diterbitkan. Biarpun filem ini sudah menemui penonton sekitar 11 tahun lalu, namun sehingga kini masih ramai yang cukup kenal dengan jalan cerita dan dialog yang dilontarkan oleh para pelakon.

Mengetengahkan kisah tentang samseng dan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof dianggap antara yang berjaya menambat hati penonton. Walau bagaimanapun, baru-baru ini rakaman seorang gadis dipercayai berbangsa cina telah mencuri perhatian ramai.

Gadis tersebut yang juga pemilik akaun TikTok dengan nama akaun lowsokying telah berkongsikan terjemahan bahasa Cina digunakan para pelakon dalam KL Gangster tersebut. Beberapa dialek ditemui dan setiap ayat itu memiliki maksud tersendiri.

Berikut adalah perkongsian rakaman yang memaparkan gadis Cina terjemahkan bahasa diguna dalam KL Gangster ini:

Perkongsian oleh gadis cina terjemahkan bahasa diguna KL Gangster ini telah berjaya menarik perhatian ramai dan meraih jutaan tontonan. Malah cara penyampaiannya juga diakui cukup menarik dan menghiburkan.

Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka yang memuji perkongsian oleh gadis ini. Berikut antara reaksi ramai yang diluahkan di ruangan komen perkongsian menarik tersebut:

“Terlalu asyik dengar u bebel”

“Terbaik konten ni..Memberi ilmu walaupun saya tak pernah dan pandai cakap cina”

“Amoi boleh berlakon KL Gangster lepas ni”

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

Sumber:HCL

About admin blog

Check Also

[VIDEO]“Anak Yang Bijak”-Telatah Jebat Jayden Kongsi Khasiat Air Zam Zam Mencuit Hati Netizen

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini muncul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *