Wajah Cantik Persis ‘Kylie Jenner’! Ini Anak Mustapha Yg Sering Bikin ‘Cair’, Tampil Luah Sesuatu Yg Ramai Tk Tahu!

“Kena tengok ayah beri lampu hijau atau tak..”

Bak kata pepatah Melayu, ke mana tumpah kuah, jika tidak ke nasi.

Jika pada era 1990-an, pasangan pelakon, Mustapha Kamal, 61, dan isterinya, Susan Manen, 47, sering me.ncuri tumpuan.

Mustapha dikenali sebagai hero filem dan drama yang tampan, manakala Susan yang juga model dan pelakon yang pernah menyandang gelaran Ratu Cantik Universe/Malaysia 1993 berdarah kacukan Inggeris, Portugis dan Singhalese.

Mereka bukan sahaja dilihat pasangan sama cantik, sama padan, malah dianggap pasangan romantis yang bahagia melayari bahtera rumah tangga tanpa sebarang kontroversi sejak 24 tahun lalu.

Masa berlalu, kini tumpuan beralih pula kepada empat cahaya matanya, Sabella Qawiema, Aulia Qayyiem, Salsabil Qur’ani dan Naqli Qaddiem.

Wajah Salsabil Qur’ani Persis Kylie Jenner

Namun, lebih mencuri perhatian adalah anak ketiganya, Salsabil Qur’ani, 19, yang juga pelakon.

Mustapha yang dikenali dengan jolokan ‘Papa Megah Holding’ enggan mendabik dada, malah merasakan semua insan atas muka bumi memiliki kelebihan tersendiri.

Tanpa berselindung, bintang filem Adik Manja, Mira Edora dan Rimba Malam itu mengakui, dia dan Susan tidak menggalakkan anak-anak mengikut jejak langkah mereka berkecimpung dalam dunia seni.

“Bagi saya, semua insan cantik dan memiliki keistimewaan masing-masing. Namun, sebagai artis, saya tidak gemar anak-anak mengikut jejak saya dan isteri.

“Namun, saya lihat Salsabil pula menunjukkan minat dan kecend.erungan dalam bidang seni. Saya bukan mahu menghalang, tetapi saya mempunyai banyak pengalaman dan mengetahui selok belok industri selama lebih 35 tahun.


Pada era 1990-an, Mustapha dan Susan seri.ng mencuri tumpuan ke mana sahaja mereka pergi. Foto IG Mustapha Kamal

“Jadi, ada perkara yang saya rasakan tidak sesuai dengan anak-anak. Tetapi, saya sukar mahu menjelaskannya, mungkin boleh faham sendiri soal ini,” katanya kepada BH Online.

Berikutan itu, Mustapha atau nama sebenarnya, Mustapha Kamal Mohd Daud berkata, dia akan mena.pis tawaran lakonan diberikan kepada Salsabil.

“Saya ter.pak.sa tolak sekiranya ada tawaran tidak bersesuaian dengan umur Salsabil. Mungkin ada watak lebih sesuai pada masa akan datang.

“Jika ikutkan Salsabil sudah ‘shooting’ sejak kecil dan membintangi banyak iklan. Malah, kalau tak silap, ketika mengandungkan Salsabil pun isteri menjayakan iklan Ribena.

“Jadi, daripada dalam perut ibunya lagi Salsabil sudah berkecimpung dalam bidang seni. Salsabil juga pernah berlakon dalam filem produksi Filipina, I Miss You Like Crazy bersama Hans Isaac,” katanya.

Justeru, sebagai bapa, Mustapha berkata, dia tetap memberikan sokongan terhadap minat anaknya untuk berlakon.

Bagaimanapun, katanya, dia turut menasihat anaknya meletakkan disiplin dan komitmen tinggi dalam apa sahaja bidang yang ingin diceburi.

Salsabil (kiri) bersama Mustapha, Susan dan seorang lagi anak pasangan ini. Foto IG Salsabil Qur’ani

“Bukan dalam lakonan sahaja, dalam kerja apa sekalipun memerlukan disiplin dan memerlukan keikhlasan. Sebab apabila kita suka melakukan sesuatu kerja, kita akan buat dengan baik, jaga disiplin dan pandai bawa diri.

“Saya pasti insya-Allah kita akan berjaya,” katanya.

Berkongsi perkembangan kerjaya lakonannya, aktor kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu berkata, dia masih aktif berlakon dan menerima tawaran.

“Saya masih aktif berlakon dan dalam masa sama, saya juga memiliki perniagaan sendiri. Jadi, jika tak sibuk ‘shooting’ pun tidak mengapa sebab ada kerja lain yang perlu diuruskan.

“Saya masih dikurniakan kesihatan yang baik. Sampai saat ini, tiada penyakit apa-apa, Alhamdulillah,” katanya.

Sementara itu, Salsabil berkata, dia mempunyai minat dalam bidang lakonan dan seronok melakukannya.

Justeru, katanya, tentunya darah seni yang mengalir dalam diri sebagai anak kepada pasangan pelakon popular.

Salsabil berkata, dia tidak mahu melepaskan peluang mengikut jejak langkah ibu bapanya sebagai pelakon.

“Darah seni mengalir dalam tubuh saya, jadi tidak mustahil minat saya ke arah bidang sama.

“Sebenarnya, saya sudah menjayakan banyak penggambaran drama. Namun, saya hanya berlakon secara serius selepas selesai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Saya bersyukur sehingga kini masih tidak putus-putus terima tawaran lakonan.

“Bagi saya, berlakon amat menyeronokkan. Sejujurnya, saya amat menyukainya,” katanya yang pernah membintangi drama Cinta Yang Tertangguh bersama bapanya, Sweet Qismina dan Zoey Rahman.

Salsabil tidak menafikan, ibu bapanya sangat melindungi dan amat peka dengan perkara sekeliling memandangkan lebih berpengalaman dalam bidang seni.

“Ayah seorang pelindung. Ketika saya ‘shooting’, ayah atau ibu akan menemani saya.

“Saya tidak akan dibiarkan pergi keseorangan, pasti mereka ada bersama saya.

“Saya tidaklah memujuk orang tua mahu berlakon, tetapi lebih ke arah bertanya pendapat mengenai watak diberikan.

“Saya akan tunjukkan ayah dan ibu skrip serta dialog yang perlu disampaikan. Apabila ayah merasakan saya tidak perlu melakukannya, saya takkan buat.

“Jika ada tawaran, kena tengok ayah beri lampu hijau atau sebaliknya,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Diolah Oleh: Budak Kacamat 19

Sumber: Berita Harian, IG artis-artis malaysiaYOUTUBE,  Gambar Google

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

[VIDEO]“Anak Yang Bijak”-Telatah Jebat Jayden Kongsi Khasiat Air Zam Zam Mencuit Hati Netizen

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini muncul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *