Sebut saja nama Nora Danish sudah pasti ramai yang mengenali aktres itu oleh kerana rupa parasnya yang masih kelihatan muda meskipun usia sudah mencecah 40 tahun.
Baru-baru ini, Nora memuat naik satu perkongsian video di laman TikTok yang berjaya meraih perhatian ramai.
Dalam video terbabit, pelakon drama Puteri Reunion itu sedang mengemas bilik tidurnya sambil menari menggunakan lagu Made You Look nyanyian asal Meghan Trainor yang menjadi trend terkini di TikTok.
VIDEO:
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji penampilan Nora yang berpakaian ‘simple’.
“Kemas rumah pun cantik. Time aku kemas rumah, kalau harimau nampak aku. Dia pun patah baliklah.
“Simple macam ni pun lawa ya ampunnn.
“Rambut dia menggerbang pun cantik. Rambut aku menggerbang serupa pak cik lion king dah,” tulis salah seorang netizen.
Malah, ada juga segelintir yang menyamakan rupa paras Nora seperti pelakon antarabangsa iaitu Vanessa Hudgens ketika zaman filem High School Musical dahulu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Diolah Oleh: Budak Kacamat 19
Sumber: KOSMO! ONLINE, IG artis-artis malaysia, YOUTUBE,
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.