[VIDEO] “14 Thun Lalu, Kita Sudah Berjanji Utk..”- Sambut Ulang Thun Perkahwinan Ke-14, BCL Titip Ucapan Penuh Makna

Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali sebagai BCL berkongsi sebuah video pendek di Instagram peribadinya sempena sambutan ulang tahun perkahwinan yang ke-14 bersama Allahyarham suaminya, Ashraf Daniel Mohamed Sinclair.

Perkongsian BCL ini dilihat secara tidak langsung menjawab desas desus mengenai kontroversi yang timbul mengaitkan dirinya dan vokalis kumpulan Noah iaitu Ariel baru-baru ini.

Menurut BCL, 14  tahun lalu adalah waktu dimana dia dan Allahyarham Ashraf sudah berjanji untuk sentiasa menyayangi antara satu sama lain.

Malah, meskipun berada di dunia yang berbeza, Allahyarham suaminya itu akan sentiasa berada dihatinya.

“14 tahun lalu, kita sudah berjanji untuk sentiasa menyayangi antara satu sama lain. Dan, hari ini walaupun kita berada di dunia yang berbeza dan kehidupan telah berbeza untuk saya di sini tetapi, awak akan selamanya dihati saya. Happy Anniversary!,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut pelantun lagu Cinta Sejati itu menitipkan doa dan berharap agar dugaan yang mendatang menjadikan BCL lebih kuat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Dalam pada itu, BCL juga sempat berkongsi beberapa foto bersama ibu dan bapa mertuanya di Instagram Story miliknya pada Selasa.

Difahamkan, BCL kini sedang berada di Malaysia bagi menghadiri sidang media konsertnya iaitu BCL Blossom Intimate Concert yang akan berlangsung pada 9 November 2022.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Diolah Oleh: Budak Kacamata 19

Sumber: Xtra, IG artis-artis malaysiaYOUTUBE,

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

“Perempuan cantik memang selalu kena fítnαh..”- Azhar Sulaiman mula bersuara ísu Isu Sophia Albarakbah!

Sejak akhir-akhir ini industri hiburan sekali lagi dike.jut.kan dengan satu kisah pendedahan oleh Bella Astillah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *