Adira Suhaimi ‘Ikat’ Peranakan – “Saya Dapat Nasihat Doktor Gara-Gara…”

Penyanyi Adira Suhaimi mendedahkan telah melakukan Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau ‘ikat’ peranakan selepas melahirkan anak keempat.

Menurutnya, walaupun mengikut hukum Islam perbuatan mengikat peranakan adalah haram, tindakan tersebut diambil adalah untuk mengambil kira faktor kesihatannya.

“Saya dah BTL atau ikat, bukan potong ya. Sebabnya saya dah empat kali caesarean section (kaedah bersalin melalui pembedahan) dan mungkin akan ada ris1ko.

“Tapi sebenarnya kalau ikutkan betul haram kalau nak ikat. Cuma atas sebab-sebab yang tertentu serta nasihat doktor, saya dan suami bersetuju untuk melakukannya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℝ ℍ (@adira.suhaimi)

Tambah pelantun lagu Pujaan Hati ini, memiliki empat cahaya mata sudah cukup untuk melengkapi kehidupannya.

“Cukuplah dua perempuan, dua lelaki. Alhamdulillah, saya fokus yang empat-empat itu sajalah dengan kerjaya.

“Saya sangat bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang ini, mahupun dari segi kerja dan anak-anak terutamanya,” ujarnya yang ditemui di sidang media Body Flasshh di JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Adira memberitahu dia gemar akan nama-nama anak yang ringkas dan mudah untuk diingati.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℝ ℍ (@adira.suhaimi)

Untuk rekod, Adira dan suami, Datuk Seri Adnan Abu atau dikenali sebagai Datuk Red telah mendirikan rumahtangga pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat pasang cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, Anggun, 3 dan Ayub yang baru berusia sebulan lebih.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:https://www.xtra.com.my/hiburan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

“Perempuan cantik memang selalu kena fítnαh..”- Azhar Sulaiman mula bersuara ísu Isu Sophia Albarakbah!

Sejak akhir-akhir ini industri hiburan sekali lagi dike.jut.kan dengan satu kisah pendedahan oleh Bella Astillah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *