Penyanyi Zamani Slam selamat menjalani pem.bedahan membetulkan tulang belakang melen.gkung aki.bat penya.kit sko.lio.sis di sebuah pusat perubatan di Cheras, pukul 3.15 petang tadi.
Khabar menggembirakan tersebut dikongsikan isterinya, Nur Juliana Abd. Rani menerusi perkongsian dalam Instagram.
View this post on Instagram
“Syukur Alhamdulillah. Dengan izin Allah Abang Zamani selamat menjalani pembe.dahan sebentar tadi. Terima kasih atas doa-doa buat Abang Zamani,” tulisnya.
Juliana turut menyertakan gambar bilik pembedahan vokalis Slam itu menjalani operasi berkenaan.
Isteri kepada penyanyi berusia 51 tahun itu ketika dihubungi Kosmo! Online sebelum itu turut memaklumkan suaminya dimasukkan ke dewan bedah sekitar pukul 8 pagi.
Prosedur pembedahan tersebut memakan masa hampir tujuh jam seperti yang dimaklumkan pakar perubatan.
Terdahulu, penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu meminta peminat mendoakan kelancaran pembed.ahan membabitkan baha.gian tunjang yang agak kri.tik.al.
Menurutnya, tempoh pemulihan akan mengambil masa antara dua hingga enam minggu.
Malah dia turut memerlukan tempoh selama tiga bulan untuk sembuh sepenuhnya sebelum boleh aktif menyanyi semula.
Zamani berhadapan masalah tulang belakang me.mben.gkok sejak beberapa tahun lalu yang memerlukannya menjalani pembedahan segera.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: KOSMO! ONLINE
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.