Pasangan pelakon, Halim Radzi dan Sharifah Husna yang baru mendirikan rumah tangga mencuri tump.uan warganet apabila memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya sedang memuji isterinya cantik.
Menerusi video perkongsian Halim, dia dilihat berkali-kali memuji Husna cantik yang mengenakan hijab.
“Aduh cantiknya… Ya Allah cantiknya…” ujar Halim
Namun, isterinya itu menyatakan bahawa dirinya malu apabila menerima pujian sebegitu daripada suaminya.
“Malu lah… sayang puji,” kata Husna.
Namun, Halim menyatakan bahawa dia memuji isterinya kerana memang benar cantik dan menepis dakwaan isterinya yang mengatakan biasa-biasa sahaja.
“Ya lah sebab cantik… I tak puji pun tetap cantik.
“Biasa-biasa je… ehhh luar biasa,” borak mereka.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan bahawa pasangan tersebut sangat romantis sehingga membuatkan warganet tersenyum sendiri melihat gelagat mereka itu.
Malah, ada segelintir yang menyamakan Halim Radzi dengan pelakon hebat, Dato Jalaluddin Hassan ketika muda.
Terdahulu, Halim dan Sharifah telah selamat diijabkabulkan pada 21 Oktober lalu yang berlangsung di kediaman Husna di Kajang, Selangor.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: Xtra
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.