“Sedíh lihat org yg masih..”- Pakai Kostum Tema Halloween, Netizen Krítik Schawal Didik Ank Cara Hidup Barat

Pasangan dua sejoli Awal Ashaari dan Scha Alyahya selalu menarik perhatian lensa dan media serta peminat mereka kerana masing-masing sangat fashionable.

Penampilan Awal dan Scha serta dua anak mereka sering mencuri perhatian ramai terutamanya peminat di media sosial seperti baru-baru ini keluarga itu berpakaian mengikut tema Halloween.

Menerusi Instagram, Scha berkongsi gambar mereka bersama Lara Alana dan Lyla Amina ketika menghadiri parti hari jadi anak rakan yang bertemakan Halloween.

Meskipun ia adalah sempena hari jadi dan bukanlah sambutan Halloween yang sebenar namun ramai warganet m.engk.rit.ik pasangan itu kerana dikatakan menjalani kehidupan seperti orang Barat.

Malah, ada yang memerli Scha dan Awal kerana menyambut semua jenis perayaan termasuklah Krismas selain turut mengecam mereka kerana membesarkan anak dengan kurang pengetahuan tentang agama.

Seorang netizen turut berkata bahawa ‘power couple’ ini tidak menghiraukan kata atau nasihat orang lain meskipun pernah ditegur kerana menyambut perayaan agama lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: beautifulnara

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

[VIDEO]“Anak Yang Bijak”-Telatah Jebat Jayden Kongsi Khasiat Air Zam Zam Mencuit Hati Netizen

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini muncul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *