Sebut sahaja nama Dato Seri Vida pastinya ramai yang ingat akan dengan penampilan tiara dan barang kemas besar serta busana merah jambu. Meletakkan dirinya dengan penampilan sebegitu membuatkan DSV cukup sinonim dengan pakaian seperti itu.
Biarpun begitu, baru-baru ini perkongsian rakaman dengan paparan Dato Seri Vida atau lebih mesra dengan panggilan DSV ini hadir ke sebuah majlis telah menjadi bualan hangat warganet. Manakan tidak DSV tampil dengan penampilan ringkas tidak seperti kebiasaannya.
View this post on Instagram
Busana dipilih dari rona lembut dengan potong serba ringkas dan solekan yang tidak keterlaluan, membuatkan banyak pasang mata yang terpaku melihat usahawan kosmetik seorang ini.
Korang saksikan sendiri rakaman yang memaparkan DSV hadir majlis dengan penampilan ringkas yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok miliknya sendiri:
Wow, memang Dato Seri Vida nampak lain sungguh mengenakan persalinan sebegini. Tapi itulah, barang kemas dengan saiz luar biasa tetap tak boleh tinggal.
Apa-apa pun perkongsian ini membuatkan warganet memuji penampilannya yang serba ringkas ini. Selain dari busana yang membuatkan ramai puji, ada juga netizen yang memberitahu DSV nampak kurus dan muda bergaya sebegini.
Berikut antara luahan ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:
“Macam ni lagi ok cun nampak lagi muda…”
“Dato kalau simple camtu lagi cantik..”
“Macam ni nampak cantik macam anak dara dato seri”
“Nampak comel tu bila pakai macam nie…”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Sumber:HCL