Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin merupakan antara pelawak yang setiap minggu membuatkan penonton geli hati dengan gelagatnya ketika mengendalikan rancangan yang semakin mendapat perhatian orang ramai, Sepahtu Reunion Live.
Umum diketahui, sitkom komedi ini adalah rancangan yang memaparkan kumpulan lawak terkenal, Sepahtu seperti Jep, Rahim dan Pak Ya namun pada tahun ini, Shuib sudah tidak lagi bersama mereka. Walau bagaimanapun, difahamkan rancangan ini merupakan ideal asal daripada Jep sendiri.
Sepahtu Reunion Live 2015 sehingga sekarang (2022)
Oleh disebabkan hal itu, Jep Sepahtu diruangan Instagram peribadinya meluahkan perasaan emosinya selepas Sepahtu Reunion Live memenangi sebuah anugerah di Anugerah Seri Angkasa 2022 yang berlangsung baru-baru ini. Meskipun pernah memenangi beberapa anugerah lain sebelum ini namun luahnya kemenangan terbaharu itu membuatkan dirinya paling beremosi.
View this post on Instagram
“Tapi ini kemenangan yang paling beremosi aku fikir. Ideal asal dan konsep ini pernah di reject begitu sahaja satu ketika dahulu. Aku kira mungkin aku dinilai ketika aku belum sempat masuk bilik meeting lagi. Tapi perancangan Allah itu maha hebat, aku dipertemukan dengan boss boss yang mempercayai idea budak kampung ni.” Suami kepada pelakon, Sari Yanti ini juga mengucapkan syukur.
Perkongsian Jep Sepahtu itu bagaimanapun membuatkan ratusan komen peminat tinggalkan kepada dirinya selain mengucapkan tahniah buatnya dan pasukan Sepahtu Reunion Live.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah Sepahtu hebat”
“Sepahtu mampu jadi generasi pelawak zaman sekarang”
“Tahniah Jep dan team”
Dalam pada itu selain cerita tersebut, ini juga antara cerita-cerita lain yang turut menjadi perhatian terbaru warganet:
Sumber:HCL