“Datin Marlia cukup utk malam ni sahaja, tlg..”- Ketiadaan Datuk Syafinaz Bikin Ramai Rindu, Tk Sangka! Ini Sebabnya…

Ketiadaan Datuk Syafinaz Selamat di kerusi juri Gegar Vaganza 9 kerana menghadiri malam kemuncak Anugerah Sri Angkasa 2022 telah digantikan oleh Datin Marlia Musa.

Dengan ketiadaan guru vokal itu sebagai juri, rata-rata netizen membandingkan cara penjurian Syafinaz yang dikatakan lebih bernas berbanding Marlia.

“Datin Marlia cukuplah untuk malam ini sahaja, tolong jangan jemput lagi,” ciap seorang pengguna media sosial.

“Harap Datuk Syafinaz minggu depan masuk balik, kalau yang ganti bukan-bukan baik tak payah ganti,” tulis seorang netizen.

“Payah bagi orang teater jadi juri. Dia nak sampaikan apa dalam komen pun kita jadi tak faham,” komen seorang netizen lagi.

Dalam pada itu, kebanyakan netizen memuji cara Syafinaz yang lebih pakar dalam memberi komen.

“Datuk Syafinaz masih yang terbaik dalam Gegar Vaganza 9 kerana komennya sentiasa membina. Beliau akan beritahu terus apa yang perlu dilakukan untuk menambah baik, tapi dalam masa sama, beliau tidak membuatkan peserta rasa rendah diri. Juri terbaik pernah ada,” kongsi seorang netizen yang lainnya.

“Komen Datuk Syafinaz lebih berilmiah dan mudah difahami oleh segenap lapisan, menjadi juri perlu kriteria yang tinggi supaya peserta mendapat input berguna,” ciap pengguna lain.

Untuk rekod, Syafinaz telah menduduki kerusi juri Gegar Vaganza sejak musim kelapan sehingga musim kini. – KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: KOSMO! ONLINE

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

“Perempuan cantik memang selalu kena fítnαh..”- Azhar Sulaiman mula bersuara ísu Isu Sophia Albarakbah!

Sejak akhir-akhir ini industri hiburan sekali lagi dike.jut.kan dengan satu kisah pendedahan oleh Bella Astillah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *