“Kalau boleh berdamailah…” itulah harapan dan komen pelakon Kazar kepada Astro Gempak buat pertama kali berhubung masalah anaknya, Ira Kazar yang didakwa menjadi punca keret4kan rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan pengarah Syamsul Yusof.
Kazar atau nama lengkapnya Kazaruddin Saisi, 63, diminta mengulas mengenai isu tersebut selepas mendiamkan diri setelah sekian lama.
Pun begitu, Kazar memberitahu dia enggan mengulas lanjut kerana kes itu masih berjalan di mahk4mah.
“Tak tahu lah, tak nak komen apa kerana masih dalam proses di mahk4mah. Lagipun ini bukan hal saya.
“Ini kerja Allah kita tak boleh kata apa, semua pun kena tanya Dia
“Saya harap kalau boleh berdamailah…Bukan masalah besar sangat,” ulasnya pendek.
Kazar ditemui ketika Anugerah Seri Angkasa 2022 yanh berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya malam tadi.
Kazar hadir selepas tercalon dalam kategori Anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik. Namun kecundang selepas Nurkhiriah dinobatkan sebagai pemenang.
Sementara itu, Kazar sempat berpesan agar netizen tidak terlalu kasar dalam melontarkan kec4man terhadap anaknya.
“Saya nasihat pada netizen jangan terlalu kasar sangat. Komen yang baik-baik, ini semua kerja Tuhan.
“Ira pula kami satu keluarga menyokong dan sentiasa berada disisinya,” tambahnya.
Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman terhadap Ira yang did4kwa mengg4nggu rumah tangganya sejak empat tahun lepas.
Malah, pelakon itu juga mendapatkan perintah interim injuksi kepada pihak defendan berhenti meluah atau menyebarkan sebarang gangguan dalam media sosial.
Pada akhir Julai, Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung g4ngguan orang ketiga dalam rumah tangga membabitkan Sarah dan Syamsul.
Ira disiasat berdasarkan S3kksyen 38 Akta Kesalahan Jen4y4h Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
Terdahulu, pergolakan rumah tangga antara Puteri Sarah dengan Syamsul berlarutan sejak empat tahun lalu selain dia mengesahkan mereka tidak lagi tinggal sebumbung gara-gara g4ngguan orang ketiga.
VIDEO :
Sumber/Kredit : ASTRO GEMPAK
Diolah Oleh : Wan Network
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.