Sebut sahaja Presiden TikTok, tentu ramai yang sudah mengetahui selebriti mana yang mendapat gelaran tersebut. Aeril Zafrel yang juga merupakan salah seorang selebriti yang mendapat perhatian pengguna platform TikTok tersebut dengan diikuti 2.1 juta. Mana tidaknya, content video dihasilkan oleh Aeril Zafrel sering menghiburkan ramai.
Sehingga sikap sporting suami kepada pelakon dan usahawan jelita, Wawa Zainal ini yang juga sentiasa tidak terlepas mengikuti trend dan isu semasa membuatkan dirinya antara selebriti disenangi oleh peminat dan warganet.
Aeril Zafrel digelar Presiden TikTok
Meskipun begitu, perkongsian oleh seorang individu pengguna platform terbabit membuatkan ramai peminat Aeril Zafrel meninggalkan komen buatnya selepas dia berkongsikan hasil karya dilakukan apabila ia melibatkan selebriti tersebut.
Menerusi video pendek yang dimuat naik ini memaparkan wajah Aeril Zafrel versi FIFA 2022 yang mana pemilik akaun dan karya ini mengatakan dia mengambil masa selama enam jam untuk mengedit wajahnya itu lalu hasil daripada proses tersebut juga membuatkan warganet tergamam.
“Presiden TikTok kita,” tulis pemilik akaun abdmuizzr itu diruangan kapsyen ringkas dan warganet juga meninggalkan reaksi positif dengan hasil wajah Aeril Zafrel versi FIFA 2022 itu yang mana perkongsian tersebut juga tular dengan mendapat ratusan komen.
“Uish tengok tu…”
“Aeril Zafrel tengok ni”
“Smart oo”
“Yang ni same woi…”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: HCL, YOUTUBE
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.