Pelakon Lana Nodin mengakui dia tersilap memuat naik video mengenai pembedahan hidung yang dilakukan di Seoul, Korea di Instagram kerana sepatutnya mahu dikongsikan dalam vlog.
Terbuka berkongsi mengenai perkara itu, Lana menerusi siaran langsung di TikTok turut memberitahu kos pembedahan hidungnya mencecah hampir RM170,000.
Menurut Lana lagi, dia tiada niat untuk mengubah ciptaan Allah namun pembedahan itu terpaksa dilakukan disebabkan pernah terlibat dalam kema.lan.gan ketika usianya 19 tahun.
“Kos keseluruhan kira-kira RM166,000. Kali ini agak mahal sebab saya buat langsung tak sakit. Tak ada da.rah yang terkeluar dari hidung. Esok (hari ini) saya akan buka benang.
“Sebab apa buat hidung? Saya pernah terlibat kemalangan masa umur 19 tahun. Dah empat kali saya buat pembedahan, ini yang terakhir. Saya dah tak nak buat lagi sebab setiap kali guna silikon dan plastik akan ada jangkitan,” katanya.
Terdahulu, menerusi video yang dimuat naik di Instagram Lana me.ng.akui dia telah selesai menj.ala.ni pemb.eda.han pada bahagian hidungnya di Seoul, Korea.
Lana yang sedang berjalan-jalan memberitahu tiada lagi bengkak dan lebam pada bahagian wajahnya selain tidak berasa pen.ing dan sa.kit.
Berkongsi lebih lanjut lagi, pelakon drama Cinta Ibadah ini berkata dia memilih untuk menggunakan tulang rusuk berbanding silikon atau plastik untuk pembedahan kali keempat itu.
“Kenapa tula.ng rus.uk sebab tak nak ber.ulang kali buat. Dan kalau apa-apa terj.adi kepada saya, suami saya tak perlu nak buka dan buang plastik sebab saya guna tula.ng sendiri. Ini kira permanent.
“Kalau buat di Malaysia dan Thailand, ada pantang kena ikut iaitu tak boleh makan telur. Tetapi dekat Korea, tak ada pantang kecuali tak boleh merokok dan minum arak. Dua-dua saya memang tak ambil, jadi senang la,” katanya.
Lana turut menegaskan dia sudah mendapat keizinan daripada suami, David McKienzie dan seluruh ahli keluarga sebelum melakukan pembedahan tersebut.
“Kalau ubah untuk meraw.at, tak kisah. Sebab itu, arw.ah ayah, mak dan adik-beradik okey sebab mereka dah tahu. Kalau saya tetiba nak ubah, memang mak saya akan mengamuk.
“Kalau saya seorang yang suka buat pem.bed.ahan kosmetik, bibir dah tak macam sekarang. Jangan terlalu nak kec.am, saya tau saya bukan artis kegemaran korang,” ujarnya.
Sebelum ini, Lana mengakui pernah me.nj.alani pemb.eda.han rhinoplasty bagi membetulkan hidungnya yang patah ak.ibat kem.alan.gan ketika zaman persekolahan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: Gempak, YOUTUBE
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.