“Putih merah, semua cam mat salleh..”- Wajah Terkini Ank Nurul Syuhada Tarik Perhatian. Sekali Ini Yg Netizen Perasan

Pastinya ramai yang merindui kelibat dan kepetahan Nurul Syuhada mengendalikan program atau bual bicara di kaca televisyen bukan? Mula menceburi dalam bidang pengacaraan selepas bakatnya dicungkil dari program bakat realiti, Malaysian Top Host pada 2005, kini Nurul Syuhada dilihat sudah memperlahankan aktiviti seninya.

Warga Maya Teruja Lihat Anak-Anak NURUL SYUHADA “Masya Allah Comel-Comel Belaka!”

Meniti usia 38 tahun, wanita kelahiran Seremban, Negeri Sembilan ini khabarnya sedang menikmati momen-momen indah seorang ibu. Walaupun sudah lama tidak ke udara, Nurul Syuhada kini sibuk menumpukan fokusnya kepada keluarga malah turut aktif di laman sosial Instagram berkongsi perkembangan anak-anak dan keluarganya.

Warga Maya Teruja Lihat Anak-Anak NURUL SYUHADA “Masya Allah Comel-Comel Belaka!”

Baru-baru ini, Nurul Syuhada ada memuat naik sekeping foto dirinya bersama anak-anak telah menarik perhatian warga maya yang rata-rata memuji kecomelan anak-anaknya. Malah ada yang terpesona dan menganggap anak-anak pengacara itu memiliki genetik menarik yang tertentu lantaran rupa paras mereka yang menawan.

“Cantiknya Genetik Ni, Semua Cute Macam Anak Patung”

Kalau diikutkan, padanlah anak-anak Nurul Syuhadah ini semuanya comel dan manis belaka kerana Nurul Syuhadah sendiri berdarah kacukan. Bekas pengacara Malaysia Hari Ini dan Majalah 3 itu mewarisi darah kacukan dari sebelah bapa mereka. Manakala suami Nurul Syuhada pula, Raja Amir berdarah kacukan Melayu-Australia dari sebelah ibunya.

Warga Maya Teruja Lihat Anak-Anak NURUL SYUHADA “Masya Allah Comel-Comel Belaka!”

Selama 10 tahun melayari bahtera rumah tangga, Nurul Syuhada dan Raja Amir dikurniakan empat cahaya mata termasuk sepasang kembar iaitu Raja Abdul Mateen dan Raja Nour Emaan, 8, Raja Ahmad Shah dan Raja Aasiya Amaal, setahun. Lantas, nenjengah pada ruangan komen hantaran gambar Nurul Syuhada bersama anak-anak di Instagramnya, ramai dilihat memuji kecomelan anak-anak Nurul Syuhadah dan mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.

Warga Maya Teruja Lihat Anak-Anak NURUL SYUHADA “Masya Allah Comel-Comel Belaka!”Warga Maya Teruja Lihat Anak-Anak NURUL SYUHADA “Masya Allah Comel-Comel Belaka!”Warga Maya Teruja Lihat Anak-Anak NURUL SYUHADA “Masya Allah Comel-Comel Belaka!”

Kredit Foto: Instagram (@nurulsyuhadahnurulain)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Nona, Gempak, IG

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

“Semoga Istiqomah kak Emma.”- Emma Maembong Kongsi Momen Di Mekah, Ramai Yang Titip Doa Agar Emma Tutup Aurat?

Umum mengetahui pelakon, Emma Maembong adalah antara selebriti yang turut menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *