“MasyaAllah comelnyaaa..”- Lengkap Dgn Busana Sedondon, Uyaina Arshad Dedah Wajah Putera Sulung

Uyaina Arshad  selamat melahirkan bayi sulung pada tanggal 8 September 2022 yang lalu. Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 29 tahun, berkongsi momen indah kelahiran bayinya menerusi Instagram yang dirinya selamat bersalin melalui kaedah pembedahan (Caesarean). Sewaktu itu, Uyaina dan suami masih lagi belum mendedahkan wajah putera sulungnya itu.

“Akhirnya Sempurna..” UYAINA ARSHAD Dan RAJA SYAHIRAN Akhirnya Dedahkan Wajah Putera Sulung

Dan sebentar tadi, Uyaina akhirnya mendedahkan pada umum wajah anak lelakinya menerusi gambar eksklusif yang dimuatnaiknya ke dalam akaun Instagramnya. Kelihatan Uyaina dan suami anggun dan segak mengenakan persalinan hitam dan emas yang nyata menyerlahkan kemanisan momen yang ditonjolkan.

“Akhirnya Sempurna..” UYAINA ARSHAD Dan RAJA SYAHIRAN Akhirnya Dedahkan Wajah Putera Sulung

Di ruangan kepsyen, Uyaina menulis ayat-ayat manis memperkenalkan anak kesayangannya itu kepada peminat mereka.  “Bismillahirohmanirrahim.Akhirnya sempurna. Raja Urhan bin Raja Syahiran Anak sulung kami. Kebanggaan kami. Semoga dilimpahi rahmatNya selalu wahai anakku. Mama Baba sayang kamu sangat-sangat!”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Sewaktu di awal kelahiran putera sulungnya, Uyaina dan suami, Raja Syahiran memaklumkan Raja Urhan dipilih untuk putera sulungnya. Jelas Uyaina, ‘Urhan’ bermaksud seoranng pemimpin Yang Hebat.  Selain dekat dengan nama ibunya yang tercinta ‘Noor Alhan’, nama ‘Urhan’ juga diambil dari nama Sultan Empayar Uthmaniyyah yang kedua iaitu Sultan Orhan Gazi.

Untuk makluman, Uyaina Arshad selamat bernikah dengan penyanyi Raja Syahiran pada jam 9.03 pagi di Colony Star Boulevard pada 21 Disember 2021.

Menjengah ruangan komen, ramai rakan artis serta peminat kedua-duanya cukup teruja dengan hantaran gambar yang dikongsikan Uyaina dan suami. Semoga putera sulung Uyaina dan Raja Syahiran ini menjadi insan yang soleh, dan berguna buat agama dan bangsa.

“Akhirnya Sempurna..” UYAINA ARSHAD Dan RAJA SYAHIRAN Akhirnya Dedahkan Wajah Putera Sulung“Akhirnya Sempurna..” UYAINA ARSHAD Dan RAJA SYAHIRAN Akhirnya Dedahkan Wajah Putera Sulung“Akhirnya Sempurna..” UYAINA ARSHAD Dan RAJA SYAHIRAN Akhirnya Dedahkan Wajah Putera Sulung

Kredit Foto: Instagram (@uyainaarshad)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Nona

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

[VIDEO]“Anak Yang Bijak”-Telatah Jebat Jayden Kongsi Khasiat Air Zam Zam Mencuit Hati Netizen

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini muncul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *