[VIDEO] “Tahniah Sweet & Adam lee..”- Teka-Teki Terjawab! Akhirnya Sweet Qismina Sah Bergelar Isteri Adam Lee Pd Hari Lahir Ke-25

Teka-teki tarikh perkahwinan akhirnya terj.awab setelah pelakon Sweet Qismina dan aktor Adam Lee selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri, pada pagi Isnin.

Hanya sekali lafaz

Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 25, sah bergelar isteri kepada Adam, 27, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.40 pagi di The Boathouse, Ampang.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam 1 Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Tuan Haji Mohd Khairi Husin berwakil walikan abang kandung Sweet, Fahed Ashraf Supandi.

Pelakon drama Adam Chempaka ini menerima mas kahwin sebanyak RM2410.97 manakala wang hantaran dirahsiakan.

VIDEO:

Selain itu, pihak pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran kepada pihak perempuan dan dibalas dengan tujuh dulang.

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 100 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media.

Pada sebelah tengah hari, satu majlis kesyukuran akan diadakan bagi meraikan pasangan pengantin baharu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Lee (@adm.lee)

Pada malam Sabtu, Sweet dan pemilik nama Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee mengadakan malam berinai yang bertemakan Jawa. Pasangan ini menggayakan busana sedondon berwarna hitam serta dilengkapi perhiasan.

Untuk rekod, Sweet dan Adam mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober 2021 selepas tiga tahun bercinta.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: OB

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

[VIDEO]“Anak Yang Bijak”-Telatah Jebat Jayden Kongsi Khasiat Air Zam Zam Mencuit Hati Netizen

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini muncul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *