“Waww, cantiknya mcm Barbie..”- Kecantikan Isteri Halim Radzi Masa Majlis Pernikahan Bikin Tergaman

Kecantikan isteri kepada pelakon Halim Radzi, Sharifah Husna sewaktu majlis pernikahan mereka mendapat perhatian pengikut media sosial.

Menerusi beberapa foto perkahwinan yang dikongsi di kedua-dua akaun Instagram pasangan selebriti ini, rata-rata pengikut mereka terpe.gun dengan kecantikan Husna.

Bahkan ada juga yang memuji pelakon wanita itu kelihatan sangat cantik sama seperti patung popular iaitu Barbie.

“Yeay, anak patung dah kahwin, tahniah korang,”

“Macam Barbie Doll pengantin perempuan. Tahniah anda berdua,”

“Husna ni tak make up pun dah cantik, bila dah make up memang naik terus seri pengantin dia. Sukanya dua orang ni, tahniah,” tulis beberapa pengikut Instagramnya.

Halim dan Husna selamat diijab kabulkan dalam sebuah majlis tertutup di kediaman pengantin perempuan bertempat di Kajang, Selangor pada Jumaat.

Pasangan pengantin dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Syed Feizal Syed Mohammad dengan sekali lafaz.

Halim menyerahkan seutas gelang tangan emas sebagai mas kahwin dan lima dulang hantaran dibalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Halim Radzi (@halimradzi)

     

Manakala, wang hantaran pula digantikan dengan sebentuk cincin dan barang kemas.

Halim dan Husna bertemu ketika menjayakan penggambaran drama berjudul Dia Bidadari Dari Syurga pada tahun 2020.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Gempak, IG

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

“Alhamdulilah, Mak Nak Awal, Saya Langsungkan Majlis Pada..”- Tahniah Shuib Umum Berita Gembira

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM Shuib menyifatkan kehadiran ahli perniagaan Watie Hanifiah dalam hidupnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *