Meskipun jarang dilihat di kaca televisyen, bagaimanapun pelakon Wawa Zainal tidak lokek berkongsikan aktiviti harian di media sosial buat tatapan peminat.
Baru-baru ini, perkongsian pelakon itu menjadi perhatian apabila memuat naik gambar dan video bersama anak perempuannya, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa.
Bagaimanapun, apa yang menjadi bualan apabila apabila gaya tudung yang dipakai pelakon itu dikatakan tidak sesuai dengan penampilannya sebagai wanita berhijab.
Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan gaya tudung dipakai Wawa apabila menampakkan bahagian leher dan telinganya.
Malah, ada yang menegur semakin lama tudung yang dipakai semakin pendek serta menitipkan pesanan supaya pelakon itu lebih menjaga aur4t.
Meskipun pelbagai komen kritikan ditinggalkan oleh netizen, namun tiada komen balas daripada Wawa dan video tersebut masih lagi disiarkan.
Sumber/ Kredit : rotikaya
Diolah oleh : Wan Network
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.