Pelakon Puteri Sarah didakwa mengandung anak ketiga apabila memuat naik beberapa foto dirinya yang menggayakan tudung merah jambu dan berpakaian warna krim.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Sarah bertanyakan soalan kepada pengikutnya tentang tindakan yang diambil mempengaruhi masa depan.
View this post on Instagram
“Hey, saya ada soalan. Adakah masa depan anda akan berterima kasih atau kecewa dengan tindakan yang anda ambil pada hari ini?
Saya? Saya hendak berterima kasih pada diri saya kerana percaya dengan diri sendiri,” tulisnya.
Meninjau diruangan komen, segelintir netizen timbul tanda tanya sama ada Sarah sedang berbadan dua kerana dilihat mempunyai ‘baby bump’.
Malah, ada juga yang mengucapkan tahniah atas kehamilannya.
“Wah baby bump. Kalau betul Alhamdulillah.
“Hamil lagi ke?
“Nampak baby bump. Congrats,” komen netizen.
Sumber: Xtra