“Fazura tk boleh msuk sbb..”- Fazura Menαngis Lihat Keaadan Kakaknya Terlαntar. Fauziah Turut Dedαh Sikap Fazura

Seremban: Pender.itaan wanita yang menjadi mang.sa belas.ahan suami sendiri, Jahidah Nordin, 43, turut mendapat perhatian pasangan selebriti popular, Nur Fazura dan Fattah Amin.

Melalui perkongsian di laman Facebook milik Fauziah Nordin, 40, adik kepada Jahidah, pasangan selebriti berkenaan melawat keluarganya di Sendayan di sini, dan bertanyakan khabar kakaknya, semalam.

Menurut Fauziah, Fazura tidak sanggup melihat keadaan kakaknya yang terl.antar malah meng.alirkan air mata sebelum masuk ke bilik Jahidah.

“Masa nak masuk bilik tengok kakak, Fazura tak boleh nak masuk sebab dia dah seb.ak mena.ngis kat luar bilik, tak sanggup tengok keadaan kak Jahidah.

“Suami dia (Fattah Amin) puju.k dia kuatkan hati tengok kak Jahidah,” luahnya menerusi hantaran di Facebook yang dimuat naik semalam.

Fauziah juga menyifatkan pasangan pelakon itu sebagai baik hati dan merendah diri kerana sanggup datang mel.awat Jahidah serta anaknya, Eshan Nufail.

“Rezeki dapat jumpa Fazura dan Fattah Amin..memang humble sangat pasangan ini, peramah tak kekok bergaul.

“Baiknya hati Fazura, suami dan team datang melawat kak Jahidah walaupun orang terkenal. Tapi sangat merendah diri sanggup datang mela.wat kakak dan Nufail.

“Terima kasih Fazura, Fattah amin dan Team mukmin pro sudi datang melawat,” katanya.

Kisah Jahidah yang juga penjawat awam di Johor mendapat perhatian selepas koma dan mengalami kecederaan serius pada kepala dan tengkorak disyaki akibat dipukul suaminya di rumah mereka di Johor Bahru, pada 4 Mei tahun lalu.

Jahidah kini dijaga adiknya, Fauziah di Sendayan sejak lebih setahun lalu dan keadaannya masih terlantar dengan hanya matanya sahaja yang boleh dibuka, namun tidak mampu memberikan sebarang tindak balas.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: HMFauziah

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

“Perempuan cantik memang selalu kena fítnαh..”- Azhar Sulaiman mula bersuara ísu Isu Sophia Albarakbah!

Sejak akhir-akhir ini industri hiburan sekali lagi dike.jut.kan dengan satu kisah pendedahan oleh Bella Astillah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *