Penyanyi juga pelakon sensasi, Baby Shima meluahkan kem.arahan selepas sekali lagi menjadi man.gsa ser.an.gan fitn.ah gar.a-g.ara babak dalam filem baharunya, Biko.
Katanya, pihak tidak bertanggungjawab itu seakan sengaja men.cetusk.an kon.trov.ersi apabila menuduhnya berc.ium dengan teman gandingannya dalam filem tersebut, Azrel Ismail.
Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramli itu memuat naik tangkap layar mesej dari netizen bertanyakan mengenai is.u berkenaan.
Malah Shima juga mengakui hilang kata-kata sebaik diajukan soalan yang hakikatnya sudah terpampang jawapan di skrin pawagam itu sendiri apabila tiada adegan sebegitu.
“Saya tak tau dah nak cakap apa lagi ramai orang DM (mesej langsung) saya cakap fasal (berci.um) ini.
“Bukti ada saja dalam filem. Kat pawagam, besar lagi skrin yang korang boleh tengok (dengan) lebih jelas.
“Kalau itu pun tak nampak, memang korang saja nak kenakan saya kan,” katanya.
Pada hantaran sama, Shima yang membawakan watak Sara dalam filem tersebut menegaskan boleh membawa is.u fi.tnah berkenaan ke muka pengadilan jika perlu.
Filem Biko adalah filem drama romantik yang memaparkan kisah kekeluargaan yang turut dibintangi Sara Ali, Josiah Hogan dan Syed Irfan.
Ditayangkan sejak 13 Oktober lalu, ia berkisar keperitan hidup bapa tunggal, Izwan bersama anaknya, Biko, namun kehadiran kekasih lama iaitu Sara menambahkan lagi gelojak hidupnya.
Nama selebriti berusia 24 tahun itu memang kerap dikaitkan dengan pelbagai cerita sensasi yang membabitkan isu tarian, pemakaian selain aksi ‘daring’ di laman sosial.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: Baby Shima – Kosmo Digital, IG
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.