Baru-baru ini, pasangan kekasih iaitu pengacara, Yasmin Hani dan pelakon Alif Hadi heboh menjadi perb.ualan ramai selepas mereka didakwa tinggal serumah.
Ia ekoran sebuah video berdurasi 20 saat di TikTok yang memaparkan Alif cuba menutup pintu peti sejuk berulang kali namun, ters.ekat kerana tidak menyedari bahawa anak lelaki Yasmin iaitu Eissa Elzander berada di tengah pintu sejuk itu.
Yasmin yang juga merupakan seorang pelakon tampil menjawab gos.ip liar tersebut dengan me.naf.ikan kekasihnya itu tinggal bersamanya.
Menurutnya, Alif kerap datang ke rumahnya untuk makan dan ketika kejadian tersebut, ibu dan adik-beradiknya turut berada di rumah.
“Mak saya nak cam.pak mana? Orang di luar sana tak boleh nak cakap macam tu. Video yang Alif buat ketuk-ke.tuk peti ais tu dekat rumah saya.
“Dia selalu datang ke rumah saya untuk makan. Sampai pembantu saya kata sunyi kalau Alif tak datang makan kat rumah. ‘Siapa nak habiskan makanan, selalunya Aliff yang habiskan’ kata dia.
“Kita kalau dalam keluarga ada orang macam itu, kita layan biasa kan? Tapi kenapa bila boyfriend atau orang luar datang rumah, kita cakap dia tidur satu rumah. Hubungan awak dengan keluarga dan orang luar, sebenarnya sama saja.
“Kena tahu cara untuk jaga diri sendiri. Misal kata yang mana boleh masuk bilik, mana yang tak boleh masuk. Tahu mana betul, salah. Sama la macam kami juga,” katanya.
Mengulas lebih lanjut, Yasmin berkata dia memilih untuk tidak mengen.dahkan keca.man segeli.ntir netizen yang dianggap sangat kol.ot.
“Saya ada ambil video tunjuk mak saya ada di rumah sama namun akhirnya saya batalkan niat untuk share video tu. Saya tak peduli apa yang mereka nak kata.
“Saya tak nak me.ntal anak-anak tertekan bila nampak ber.ita seperti itu, walaupun mereka tahu Tok Mi (Ibu Yasmin), Kak Nor (pembantu rumah) dan abang saya pun ada dirumah bersama. Jadi, saya ambil keputusan untuk membiarkan saja mulut orang.
“Tapi, bila mereka macam tu saya se.dih sebab betapa k.olotn.ya manusia sekarang ini. Terla.mpau kol.ot. Saya jaga hal saya dan tumpukan diri sendiri untuk berfikir dengan waras.
Tapi bila fikir balik, anak-anak tahu, Tok Mi (panggilan pada nenek) ada, Kak Nor (pembantu rumah) ada. Jadi, saya ambil keputusan untuk membiarkan saja mulut orang,” jelasnya yang ditemui ketika majlis perasmian program realiti masakan terbaharu di TV9, Dapur Tempur sebagai hos tetap.
Program realiti Dapur Tempur ini menampilkan selebriti terkenal Sheila Rusly dan cef selebriti Chef Adu Amran menggalas tugas sebagai juri tetap.
Dapur Tempur bakal bersiaran sebanyak 8 episod akan menemui penonton bermula 3 November 2022, setiap hari Khamis, jam 8.30 malam di TV9 dan juga melalui strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: Xtra
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.